6 Tahun Sambut Anniversary di Kubur Isteri, Kamal Effendi Bukti Cinta Sejati

Setiap pasangan yang berkahwin di dunia ini pasti inginkan kehidupan rumah tangga yang bahagia hingga ke akhir hayat.
Iospital phone repair gombak
Namun kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan takdir yang menentukan segalanya.

Jika diimbas kembali, terdahulu pernah tular di media sosial tentang kisah percintaan Ahmad Kamal Effendi Kamarudin yang sanggup menikahi isterinya Dr. Nik Idzni Dalila Nik Mahmud telah mencuri perhatian ramai.

Manakan tidak, walaupun dia tahu isterinya mempunyai barah buah pinggang tahap 4, namun kesetiannya dalam mencintai Nik Idzni Dalila langsung tidak pernah pudar.

Genap pada tarikh ulang tahun pertama perkahwinan, Isterinya menghembuskan nafas terakhir iaitu 27 Disember 2016.

Sepanjang perkahwinan selama setahun, Kamal Effendi mengorbankan seluruh masanya untuk menjaga ‘bidadarinya’ yang sedang kritikal.

Kamal Effendi juga mendedahkan isterinya sering bangun awal pagi untuk melakukan ibadah seperti tahajud dan solat sunat taubat walaupun dalam keadaan tidak sihat sekaligus mengajar Kamal untuk turut melakukan rutin yang sama.


“Beliau tegur saya dulu di Instagram. Ketika itu, ia cuma perkenalan biasa. Selepas itu, barulah kami bertemu apabila isteri balik bercuti. Pertemuan itu membibitkan rasa cinta terhadapnya.”

“Ketika itu, saya masih belum mengetahui status kesihatannya. Kemudian, beliau berterus terang kepada saya. Bagi saya penyakit itu bukan sifat semula jadinya, malah bukan satu kekurangan kepadanya. Sebaliknya ia kelebihan pada isteri kerana terserlah sifatnya yang kuat menghadapi dugaan.”


“Saya jatuh cinta dengan Nik Idzni Dalila kerana walaupun sakit, beliau masih meneruskan pembelajaran dalam bidang kedoktoran di luar negara seorang diri.

“Malah, menanggung kesakitan bersendirian walaupun jauh dari keluarga. Sikap positif dan penyayang beliau menambat hati saya.”

Sehingga kini, Guru Bahasa Inggeris berusia 32 tahun ini belum punya pengganti malah setiap kali tibanya tarikh 27 Disember, dia akan pergi ke pusara isteri di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang dengan membawa sejambak bunga untuk meraikan ulang tahun perkahwinan.

Terbaru, dia memuat naik foto berada di pusara sang isteri dengan membawa bunga yang berwarna ros berwarna oren sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-7 simbolik melambangkan harapan cerahnya menghadapi tahun baru tanpa sosok seorang isteri yang dicintai.

Perkongsian yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kamal Effendi K. (@kamaleffendi)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kamal Effendi K. (@kamaleffendi)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kamal Effendi K. (@kamaleffendi)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kamal Effendi K. (@kamaleffendi)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kamal Effendi K. (@kamaleffendi)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kamal Effendi K. (@kamaleffendi)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kamal Effendi K. (@kamaleffendi)