[VIDEO] Tilla Filzah! Wajah Syatilla Melvin Dan Mira Filzah Iras Dalam Video Ini

Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam, Syatilla Melvin kini aktif dengan urusan perniagaannya yang sering dikongsikan di laman Instagram.

Pemilik nama sebenar Siti Nur Syatilla binti Amirol Melvin ini merupakan seorang pelakon, model dan usahawan wanita Malaysia.

Syatilla juga merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010 [1] bersama-sama dengan Neelofa, Izara Aishah dan Anzalna Nasir.

Aktif sejak 2012 dan sering muncul dalam beberapa drama dan telefilem Melayu, Syatilla merupakan adik kepada Syafiqa Melvin dan kakak kepada Syifa Melvin dan Syida Melvin

Syatilla merupakan adik ipar kepada bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri dan Timbalan dan Penasihat Khas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman.

Syatilla turut menyelitkan perkongsian tentang sebab yang dirasakan antara punca rezekinya melimpah-ruah, dengan menulis pada caption:-

“Tilla perasan 1 benda, lagi kita happykan anak2 kita, lagi melimpah limpah rezeki allah bagi kat kita.bukan susah pun nk happykan depa.salah satu cara, bila depa mai dekat kita, kita letak tepi fone kita dan layan la anak2.depa akan rasa seronok sgt dh sebb dpt attention mak pak depa. Ok dah. Bye”

Menurut Syatilla, membahagiakan anak-anak dapat membuatkan rezeki menjadi semakin banyak.

Terbaru pada 19 Januari 2021, Syatilla telah berkongsi sebuah video Tiktok di Instagram miliknya.

Syatilla menulis pada caption:-

“Kenapa sam tiba2 dengn @mfmirafilzah ?

Dalam pada itu, ramai peminat juga mengatakan hal yang sama pada ruangan komen.