Tidak dapat dinafikan, pada masa kini ramai individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas orang lain sehinggakan menyebabkan kerugian yang amat besar.
Memiliki rumah besar cantik dan mewah merupakan impian setiap insan namun bagi wanita ini, ianya merupakan satu tragedi apabila kedua ibu bapanya bertemu dengan kontraktor yang salah daripada Indonesia sehinggakan menyebabkan kerugian RM100k.
Menerusi sebuah perkongsian di laman Twitter wanita ini iaitu @naddiiiee, difahamkan bahawa dua minggu lepas lagi kontrakter tersebut telah ‘block’ nombor telefon bapanya sebelum melarikan diri.
Ketika nad menghubungi lelaki tersebut, dia mengakatakan bahawa terdapat masalah yang perlu diselesaikan dan ingin mengambil masa selama 2 minggu.
Tidak cukup dengan itu, dia juga siap berjanji nak berjumpa pada pukul 9 pagi semalam di rumah berkenaan namun bagaimana pun ianya hanyalah janji kosong.
Berikut merupakan perkongsian wanita ini:
i dah taktahu nak buat apa lagi. my parents dream house 75% almost done tapi alih alih kena scam. Contractor bodoh ni larikan duit 100k++. i mohon sangat viralkan muka jantan bodoh ni sumpah dah buntu. Dia cakap dia dkt kl skrg but idk…i just need some help pic.twitter.com/bxLyd3n1Br
— nanad (@naddiiiee) January 23, 2022
Ayah i tunggu but dia tak muncul. hahaha what a hope. i ws dia tadi sebab dia masih belum block number i. Ya allah i geram sangat sebab dia aniaya my parents. 😭 pic.twitter.com/J9y2pK2Dqm
— nanad (@naddiiiee) January 23, 2022
pakcik i dapat cakap dgn dia. Tapi korang dengar lah dia jawab ape ☺️👍🏻 kelakarlah tu bangsat pic.twitter.com/HZDk5k5Lew
— nanad (@naddiiiee) January 23, 2022
Apa yang lebih pilu adalah, sebelum ini bapa Nad sangat ‘excited’’ pergi rumah berkenaan hari-hari untuk lihat progress rumah itu namun kini semuanya terhenti apabila dia ditipu hidup-hidup dengan kontraktor tersebut.
Perkongsian Nad mendapat perhatian ramai pihak dan rata-rata warga netizen turut berang dengan sikap kontraktor yang lari membawa wang yang banyak.
Beirkut merupakan komen warga maya:
Lesson learnt.. Kalau nk buat rumah dgn kontraktor bayar by progress..kerja siap baru bayar.. kalau boleh barang kita beli..means dia listout barang.. Bila nk bayar tu kita bayar direct dgn hardware.. Kita bayar upah je tukang je dgn diaorg..
— faisalzulkar9 (@faisalzulkar9la) January 23, 2022
if nak hire contractor make sure dia ada card cidb, so anything happen boleh report kat situ and report polis. about payment tu bayar ikut progress jangan bagi lumpsum
— imran (@_imranhtta) January 23, 2022