Bila anak-anak kecil mula membesar, mereka cenderung untuk melakukan perkara yang diluar jangkaan ibu bapa atau penjaga malah ada juga perkara yang dilakukan itu perkara yang sangat bahaya.
Manakan tidak, mereka masih tidak tahu untuk membezakan baik buruk sesuatu hal.
Jadi, sebagai ibu bapa, kita perlu lebih ‘alert’ dengan anak-anak kerana takut perkara buruk berlaku kerana jika terjadi apa-apa, menangis air mata darah pun sudah tidak berguna lagi.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana pasangan suami isteri ini terjumpa dengan seorang budak lelaki berusia 3 tahun yang mundar mandir berseorangan di jalan raya mencuri perhatian ramai.
Difahamkan budak lelaki itu memaklumkan kepada lelaki berkenaan bahawa dia melintas jalan raya yang sesak dengan banyak kenderaan.
“budak lelaki 3 tahun nyaris kena langgar/ culik.. bermain seorang diri di bahu jalan..dia tak tahu mana rumah..”
Lelaki tersebut yang risau dengan keadaan kanak-kanak itu bagaimana pun bertindak untuk membantu mencari rumahnya bahkan dalam masa yang sama pasangan ini cuba bertanyakan dengan orang awam tentang budak yang terpisah dari penjaganya itu.
Selepas puas mencari, akhirnya mereka bertemu dengan penjaga kanak-kanak ini, berang dengan sikap ibunya yang sambil lewa, lelaki ini turut berpesan bahawa jangan meninggalkan anak kecil berseorangan kerana risau jika terjadi perkara yang tidak diingini namun siapa sangka, ibunya itu kelihatan memarahi anaknya dan tidak mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu menghantarkan kanak-kanak itu.
“jangan lalai jaga anak-anak.. nanti menangis tak berlagu..nasib orang tu baik carikan.. kalau silap orang yang jumpa.. sendiri mau ingat la..”
Video yang tular di laman Twitter:
View this post on Instagram
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 32.4K tontonan, 623 ulang kicau dan 911 tanda suka.
Meninjau reaksi warga netizen, rata-rata warga netizen bersyukur kerana kanak-kanak tersebut bertemu dengan orang yang tepat malah tidak berlaku apa-apa yang buruk terhadap kanak-kanak tersebut seperti dilanggar atau diculik.
Dalam masa yang sama, warga Twitter kesal dengan sikap ibunya itu yang langsung tidak mengucapkan terima kasih malah datang mengambil anak dengan muka ‘ketat’ dan memarahi anaknya.
Antara reaksi warga maya:
Ramai jumpa parents macam ni. Kenapa eh? Hari tu saya drive kurang 20km/h di kawasan perumahan. Mak mak sibuk bersembang anak pula tiba2 melintas. Hangin aku sebab kena emergency brake sampai anak terhantuk dashboard. Mak mak tu rilek je buat muka tak bersalah tak berani pandang
— Tasha🇲🇾🇵🇸 (@tashamohd05) April 13, 2022
Mak ayah bebal…ucap penghargaan pun tak de…indah benar budi bahasa.
— 🇵🇸🇷🇺IsWa Ze Neca 🇲🇾🇮🇷 (@ziwasi) April 12, 2022
nampak gaya macam indon tu. tapi tula orang kita ada je yang tak reti berbudi bahasa. orang dah tolong senyum pon tidak, terima kasih pon tidak…
— شَ (@asyaros_) April 13, 2022
Aik??mcm tu je?capai budak tu..pastu jalan.lgsung tak pandang org dah tolong.Mcm pengasuh je tu sbb tak nmpk risau lgsung kat muka dia.
— D A K N O O R 🇲🇾 (@dak_noor) April 13, 2022
Budi bahasa takdak ka makcik oi? Atleast cakap la terima kasih ada orang pulangkan anak kau🤬
— Because The Internet (@sonofeater) April 13, 2022
Berat sungguh mulut nak ucap terima kasih atau maaf. Mak bapak lalai, anak jadi mangsa kena marah.
— P (@itsnapi) April 13, 2022