Santai Main Game Sementara Tunggu Ambulance, Gelagat Mangsa Kemalangan Ini Buat Ramai Terhibur

Apabila berlakunya kecelakaan jalan raya, sudah pasti mangsa akan berada dalam keadaan panik apatah lagi jika insiden yang berlaku mendatangkan kecederaan pada tubuh badan.
Iospital phone repair gombak
Manakan tidak, pelbagai perkara yang akan bermain difikiran apabila mengalami kecederaan seperti adakah perlu membuat pembedahan jika berlakunya kecederaan yang melibatkan patah pada bahagian tulang ataupun pendarahan yang banyak dek kerana insiden tersebut.

Jadi, pastinya mangsa akan termenung panjang dan beremosi sementara menanti ketibaan ambulans untuk mendapatkan sebarang rawatan susulan sebelum dihantar ke hospital.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana reaksi ‘santai’ seorang lelaki yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya ini telah mencuri perhatian ramai.


Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @.hazelmint, kelihatan pihak polis dan orang awam berada di tempat kejadian untuk melihat bagaimana keadaan mangsa yang terlibat insiden.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagat mangsa kemalangan yang dilihat santai berbaring di tepi jalan sambil bermain permainan Candy Crush di telefonnya.

Lelaki tersebut seakan-akan berada di dalam dunianya sendiri walaupun jelas dia berasa dikawasan tersebut yang penuh dengan orang awam telah hadir untuk menjenguk mangsa dan tempat kejadian.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat lelaki itu yang sempat bermain game walaupun terlibat dalam kemalangan.

Bukan itu sahaja, ada juga yang berpendapat bahawa mungkin itu adalah cara untuk dirinya menghilangkan stress selepas apa yang berlaku dan dapat melupakan kesakitan yang ditanggung pada ketika itu.

Antara komen warga maya:

“Selagi kita boleh santai kita santai bang walaupun kesakitan melanda”

“Orang kata stress lagi sakit so kita kena santai”

“Haih baru nak doakan selamat last last dia sempat layan candy crush”

 

“Dia nak kawal rasa sakit tu, jadinya bila main game lupa yang dia luka”


Video yang tular di laman TikTok:

@.hazelmint ambulans lambat sngat, segame dulu 🗿#fypシ #HadaLaboCantikGlow #fypage #foryoupage ♬ tenang by amcha – amchaa