Satu rakaman video salah seorang graduan yang melancarkan protes ketika Majlis Istiadat Konvokesyen di Universiti Malaya semalam telah menimbulkan pelbagai reaksi.
Pelajar terbabit yang menayangkan plakad yang tertera frasa ‘Tolak Rasis” dan “Undur VC” dianggap sebagai tidak menghormati istiadat dan mengganggu protokol dan kelancarannya.
Rentetan daripada itu, pihak Universiti Malaya telah mengeluarkan kenyataan media yang mengencam sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang jelas tidak menghormati majlis penuh protokol tersebut.
Pihak universiti juga telah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan dengan menyerahkan tindakan dan siasatan kepada pihak berkuasa.
Tidak ketinggalan, Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya tampil melancarkan satu petisyen khas menuntut pihak Universiti Malaya menarik balik sijil ijazah sarjana muda milik graduan terbabit.
Melalui tinjauan kami, petisyen yang dilancarkan sejak 18 jam lepas di laman web change.org itu telah mendapat 70,555 tandatangan setakat jam 7.50 petang ini (Selasa, 15/10/2019).
Rata-rata netizen yang menandatangani petisyen berkenaan telah menyuarakan ‘reasons for signing’ mereka di laman web tersebut.
Boleh dikatakan kenbanyakan daripada mereka bersetuju dengan tindakan untuk menarik semula ijazah graduan berkenaan sebagai satu bentuk pengajaran kepada mahasiswa lain.
”Perlu menghormati guru”
”Supaya menjadi pengajaran kepada yang lain”
”Memalukan institusi pengajian tinggi”
Diharapkan perkara seperti ini tidak berlaku lagi di masa akan datang dan para graduan dapat berfikir dengan rasional sebelum mengambil apa-apa tindakan.