“Tahun 2010 keluarga kami makan nasi dengan garam, Abam peluk saya lama2, dia kata..”

Pelawak Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, tidak dapat menahan sebak ketika mengimbas kembali kenangan bersama arwah abangnya, Abam. Ali berkata, pemergian Abam atau Allahyarham Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, memberi kesan mendalam terhadap dirinya. “Tahun 2010 keluarga kami masih makan nasi dengan garam.  Kehidupan kami susah [...]

Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, tidak dapat menahan sebak ketika mengimbas kembali kenangan bersama arwah abangnya, Allahyarham Abam.

Menurut Ali, pemergian Abam atau Allahyarham Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, memberi kesan mendalam terhadap dirinya dan keluarga.

Ali berkata tahun 2010 keluarganya masih makan nasi dengan garam ekorang kehilangan ayahnya pada tahun 2009.

“Tahun 2010 keluarga kami masih makan nasi dengan garam.  Kehidupan kami susah selepas bapa kami meninggal pada 2009.

“Saya ada cakap pada dia, nanti kita kerja cari rezeki untuk keluarga kita. Tapi Abam memang seorang yang hebat.

“Dialah yang ubah kehidupan kami sedikit demi sedikit dengan kejayaan dan pencapaian yang dia dapat.

“Dia ada pesan, kita jangan memilih dan berkira dengan kerja asalkan kita dapat bantu emak dan keluarga,” katanya.

Namun kata Ali, kenangan pada malam final Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 yang lalu akan tersemat di hati buat selamanya.

“Selepas kumpulan Puteh diumumkan sebagai juara, Abam orang pertama yang datang dan peluk saya lama-lama, kuat-kuat.

“Kau adik aku yang hebat…Kau handal sebab dapat kalahkan abang kau!

“Lepas tu saya cakap pada dia aku menang untuk kita bang, bukan untuk orang lain. Tapi saya tak sangka itulah kali terakhir saya dan dia di pentas bersama,” katanya sebak.

Allahyarham Abam meninggalkan seorang balu, Siti Nur Hidayah Mohd Ali, 28 dan anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 8 bulan.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin, sebelum jenazahnya dihantar ke Hospital Selayang bagi proses bedah siasat.

Jenazah Allahyraham kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak pada lewat petang semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.