Abah Tertinggal Adik Di Stesen Minyak, Reaksi Keluarga Ini Buat Netizen Terhibur

Setiap daripada kita pasti tidak terlepas dengan detik yang mencemaskan dalam hidup, namun itulah yang menjadi kenangan untuk dibawa ke hari tua kelak. Terkadang detik itu juga boleh dijadikan pengajaran dan iktibar agar kita tidak cuai dalam melakukan sesuatu.

Terbaru, tular sebuah kisah tentang seorang gadis yang tertinggal di sebuah stesen minyak di Seremban mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Raz Amira, dikatakan pada awalnya adiknya itu pergi ke tandas namun keluarganya terlupa untuk menunggunya dan tertinggal dii stesen minyak tersebut.

Berdasarkan rakaman berdurasi 17 saat itu, keluarga gadis tersebut dilihat seolah-olah bergegas ke sana bagi mengambilnya semula.

Menurut kakaknya Raz Amira, bapanya itu tidak menyadari ketiadaan seorang anaknya di dalam kereta sebelum bertolak pergi dan meninggalkan adiknya itu.

Bagaimana pun, adiknya itu meluahkan rasa takut dan cemasnya apabila ditinggalkan seorang diri di stesen minyak tersebut.

Video yang tular di laman TikTok:

@razzzamiranew fear unlocked: parents tertinggal kau dekat toilet stesen minyak 😭😂♬ original sound – Wonders of Magic

“new fear unlocked: parents tertinggal kau dekat toilet stesen minyak” katanya di ruangan kapsyen.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 554.6K tontonan, 57.4K tanda suka, 734 komen dan 422 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan video tersebut dan ada juga yang menghembuskan nafas lega apabila mengetahui bahawa ayahnya ‘perasan’ ketiadaan anaknya itu lebih awal sebelum masuk ke lebuh raya.

Dalam pada masa yang sama, terdapat para netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka yang berdepan dengan situasi cemas dalam kehidupan.

Berikut merupakan komen-komen daripada warga maya:

“stesen minyak biasa takpe lagi, stesen minyak rnr?? haha bertahun tunggu”

“kalau aku rasa nak menangus dahh, dengan tangan kosong tak bawa pape”

“middle child vibe”

“sebab tu la aku takut nak gi tandas bila ayah isi minyak.. takut tiba2 hilang know2 kena tinggal”

“nasibingat kalau tak sampai ke malam kat situ”

“nak nangis dah tu weh”

“memang kena kira dulu baru boleh gerak bila stop mana2”

“bapak aku tinggal mak aku dekat stesen minyak.. dah lah malam.. tak nampak bini takde kat sebelah..”

“what happened if your phone have no data and no one perasan you”

“sian anak angkat sorang ni”

Kredit: YOY Network

Default image
admin
Articles: 1052