“Abang kawasan nak lalu” Pemuda Berhimpit ‘Takut’ Lihat Anjing Besar Buat Netizen Terhibur

Anjing mungkin lebih dikenali oleh orang kita sebagai haiwan ‘penyerang’ berbanding dengan sifat manja mereka. Disebabkan itu, ramai juga di antara kita yang takut dengan haiwan ini.

Mana taknya, boleh jadi tak keruan dibuatnya kalau tiba-tiba digigit oleh haiwan ini.

Sama seperti di dalam sebuah video yang tular di laman TikTok baru-baru ini. Sekumpulan pemuda dilihat saling berhimpit-himpit setelah melihat seekor anjing besar berwarna putih keperang-perangan digendong oleh tuannya.

Tuan si anjing itu kelihatan berdiri di tangga menuju ke tempat yang sama dengan pemuda-pemuda tersebut. Oleh kerana takut yang teramat sangat, mereka memberi laluan kepada anjing dan tuannya itu untuk jalan terlebih dahulu sambil berhimpit-himpit sesama mereka.

Dalam kebimbangan dan kerisauan mereka, anjing itu kelihatan masih tenang dan seolah-olah hairan mengapa ramai yang takut akannya.

Sejurus anjing dan tuannya itu selamat beredar dari tempat tersebut, mereka pun kembali ke dalam posisi biasa dan masing-masing berdekah sesama sendiri.

Setakat ini, video TikTok berdurasi 16 saat yang dikongsi oleh @mrjambang431 ini telah meraih tontonan sebanyak 856 ribu kali, 110 ribu tanda suka, 2732 komen dan 2780 perkongsian!

Video yang tular di TikTok

@mrjambang431 Beri laluan abg kawasan nak lalu😂 #fypシ゚viral #kitabergabung #maintenancelif #johoreanboy❤️💙 ♬ bunyi asal – muhamad yusof ghazali

Rata-rata wargamaya terhibur melihat reaksi mereka yang menyelit di satu sudut untuk menyelamatkan diri masing-masing kerana khuatir melihat saiz anjing yang besar itu.

Ada juga yang geram melihat anjing gebu itu kerana mukanya yang comel dan jinak.

Yang lebih menariknya, tuan kepada anjing comel itu juga turut memberitahu sesuatu di ruangan komen.

Berikut adalah antara komen menarik yang diberikan oleh wargamaya di TikTok.

“Hi @mrjambang431 and all handsome abang, I tak gigit la! Jangan takut”

“ni kalau terlepas auto boleh terbang tak terbang jadi spiderman”

“Kena dukung okay kalau dia jejak lantai terus jadi spiderman membe”