“Ada 2 orang datang,” Baru Tular Kes Budak Rohingya, Wanita Rohingya Pula Ketuk Pintu Rumah Minta Duit?

Beberapa hari lepas tular tentang budak rohingya yang meminta sedekah dipersimpangan jalan dengan bertindak kasar ketika meminta duit.

Bukan sahaja berani menumbuk kereta dengan muka marahnya malah siap menundingkan jari ke arah pengguna jalan raya tersebut.

Disifatkan sungguh biadap dan tak terdidik, bagaimana pun budak terseut telah dikutip oleh pihak berkuasa susulan menerima banyak rungutan daripada orang awam.

Belum reda dengan isu berkenaan, timbul pula sebuah lagi isu membabitkan peminta sedekah warga rohingya baru-baru ini.

Menerus sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @idaaleesa, kelihatan seorang ah warga Rohingya bertindak ekstrim dengan mengetuk pintu rumah orang awam.

Aksi selamba dan tidak beradap warga rohingya ini berjaya dirakan dan pastinya mengundang kecaman ramai.

Dapat kita lihat, dia berada betul-betul dihadapan muka pintu untuk meminta duit dan dikatakan dia tidak berseorangan dan ditemani seorang rakannya yang lain juga warga rohingya.

Kejadian tersebut berlaku di Terengganu dan pastinya tuan rumah berasa tidak selesa dengan kehadiran tetamu tidak diundang itu.

Video yang tuar di laman TikTok:

@idaaleesa kaum wanita rohingya memang mintak sedekah pergi rumah ke rumah eh? #thisisterengganu ♬ الصوت الأصلي – R

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 127.9K tontonan, 4210 tanda suka, 249 komen dan 133 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut berang dengan sikap warga rohingya yang semakin melampau dan dalam masa yang sama mereka risau melihat kejadian tersebut apatah lagi apabila ketua keluarga tiada di rumah.

“Rumah mak saya pun terkena tapi nasib tutup pagar.. last2 jumpa dekat simpang naik van ramai2”- Netizen

Bukan itu sahaja, malah ada juga yang terdiri daripada para netizen berkongsikan pengalaman yang sama dan mengakui berasa sedikit terancam apabila mereka cuba bertindak agresif.

Berikut merupakan komen daripada warga maya:

“semakin berani ekk.. ni la sebabnya bagi muka duduk Malaysia”

“rumah mak saya kat ganu hampir hari2.. makin diberi makin seronok datang lagi”

“takut diorang bertindak sendiri buka pintu rumah.. hati”

“sebab tu kadang tutup pintu, langsir pagar semua.. takut oi”