Aedy Ashraf Patuh SOP, Nak Batuk Pun Pergi Tandas

Rakyat disaran mula mempraktikkan penjarakkan sosial dan menjaga kesihatan diri selepas kerajaan membenarkan pelbagai sektor beroperasi.

Sektor yang dibenarkan beroperasi termasuk melakukan penggambaran di set tetapi semua yang terlibat mestilah mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Aedy Ashraf puji pelakon dan kru amalkan norma baharu

Pelakon Aedy Ashraf memuji tindakan pelakon dan kru yang mengamalkan norma baharu sepanjang di set penggambaran.

 

View this post on Instagram

 

Dapat kepercayaan dari dua orang tua ni dah cukup tinggi . Jauh lebih tinggi dari mana-mana anugerah .

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf) on

Pelakon itu menyatakan tindakan ini merupakan langkah tebaik bagi menjaga kebersihan semua kru yang terlibat.

Menurut Aedy, dengan adanya Standard Operation Procedure (SOP) ia meningkatkan lagi kesedaran dalam menjaga kebersihan.

Nak batuk pergi tandas dan tutup mulut

Aedy berkata jika sebelum ini orang ramai bersin dan batuk sesuka hati namun kini lebih peka dengan keadaan sekeliling

“Bagi saya sangat bagus apabila adanya SOP baharu bagi kru produksi penggambaran kerana boleh meningkatkan kesedaran tentang kebersihan”.

 

View this post on Instagram

 

Mana nak cari roasted chicken eh raya2 ni ? Comment jap

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf) on

“Kalau dulu orang boleh bersin dan batuk sesuka hati sekarang lebih cermat dan berhati-hati. Nak batuk pun pergi tandas dan tutup mulut,” ujarnya kepada Astro Gempak.

Tak adalah saya paranoid beriya

Selain itu, Aedy berkata dia tidaklah paranoid tetapi sanitizer dan topeng muka menjadi peneman setianya sepanjang di set penggambarannya sebagai langkah berjaga-jaga.

“Tak adalah saya paranoid beriya-iya, cukup sekadar sanitizer dan mask sepanjang masa. Asalkan kita menjaga kebersihan itu dah memadai,” katanya.

Aedy Ashraf mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2003 menerusi filem Jutawan Fakir dan sejak itu, beliau membintangi puluhan drama dan telefilem.

Saidatul
Saidatul
Articles: 20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.