Ajak 30 Kawan Tapi 2 Sahaja Datang, Video Anak Tunggu Hingga Tertidur Di Parti Hari Jadi Buat Ramai Sebak!

Sebagai ibu bapa, pasti kita mahu yang terbaik untuk anak dan buat apa yang terdaya demi melihatnya tersenyum gembira apatah lagi pada hari ulang tahun kelahirannya.

Iospital phone repair gombak

Tentunya anak-anak akan mengajak kawan-kawannya untuk turut hadir ke majlis hari lahirnya namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana perancangan yang dibuat dengan meriah berakhir dengan hal yang menyedihkan.

Difahamkan, ibu kepada budak lelaki ini menempah indoor playground untuk menyambut hari jadi anaknya yang berusia 8 tahun namun siapa sangka rakan-rakan yang diajak datang memeriahkan majlis tidak hadir setelah 2 jam menunggu.

Setelah lama menunggu akhirnya 2 orang daripada 30 orang rakan yang dijemput datang munculkan diri. Oleh kerana baki goodies masih banyak, ayahnya bertindak mengagihkan kepada kanak-kanak lain di taman permainan itu.

Lebih menyedihkan, budak lelaki tersebut memaklumkan dirinya mahu tidur sebentar supaya masa terasa laju, dan apabila dia bangun kawan-kawannya akan muncul menyambut ulang tahun bersama.

Dia juga sentiasa menoleh ke arah pintu dengan harapan rakannya akan hadir memeriahkan suasana.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen simpati dengan nasib budak lelaki itu malah ada juga yang pernah berdepan dengan pengalaman yang sama.

Antara komen warga maya:

“My son watched this with me and said “mommy can we go? I feel so bad about this” we would’ve shown up. Happy birthday to him. 🥰”

“I remember being the only one to show up to a classmates party, and I felt so bad. 🥺 Can’t imagine the heartbreak she felt that day.”

“Let him know 1.4 million people wouldve LOVED to show up. Happy birthday big guy💘”

“unfortunately this is why I stopped throwing parties for my kids… no one ever showed up and I got tired of watching my kids cry because of that 🥺”

“It happened to me too and now I’m a very popular person in real life lol he’s gonna be great! F them!😂🥰”

Video yang tular di laman TikTok:

@lifewithbabyaxelito2 ♬ Only Love Can Hurt Like This (Slowed Down Version) – Paloma Faith