“Akhirnya bebas,” Pemuda Berlari Gembira Rakan2 Jemput Keluar Penjara Buat Netizen Sebak

Sebagai manusia, kita sudah pasti tidak terlepas daripada melakukan kesilapan di muka bumi ini.

Itulah hakikat dan lumrah seorang manusia yang penuh dengan kekurangan, kelemahan, dan ketidaksempurnaan.

Namun pun begitu, sokongan moral daripada orang terdekat semestinya menjadi penguat untuk mereka bangkit dan berubah menjadi lebih baik.

Oleh itu, jika ada kenalan atau sahabat yang melakukan kesilapan, janganlah kita menghina atau menjatuhkan mereka sebaliknya menjadi sumber kekuatan yang sentiasa ada untuk mereka berubah dan kembali pada jalan yang betul.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang bekas banduan yang baru dibebaskan disambut baik oleh rakan-rakan nya di luar pintu mengundang sebak ramai.

Menerusi perkongsiann yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @azhxrrr__ , mereka dilihat bersalaman dan berpelukan antara satu sama lain serta meluahkan rasa rindu dan terima kasih kerana sudi hadir menemuinya yang baru sahaja dibebaskan.

Keakraban persahabatan mereka dapat dilihat apabila pemuda berbaju putih itu berlari ke arah rakan-rakannya yang menunggu ketibaannya selepas lebih setahun berada di dalam penjara.

Video yang tular di TikTok:

@azhxrrr__ Alhamdulillah 🤲🏻 #fyp #fypシ #esekeli #xyzbca #trending #foryou #foryoupage #viral2021 #masukberanda ♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.3M tontonan 178.6K tanda suka, 7026 komen dan 3889 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat persahabatan mereka yang begitu akrab kerana sentiasa ada untuk satu sama lain tak kira apa jua keadaan.

Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen yang menyifatkan persahabatan lelaki lebih kuat berbanding persahabatan wanita.

Berikut merupakan antara komen-komen netizen:

“Sejahat-jahat dua, dia tetap sahabat..”

“Friendship lelaki memang another level laa”

“Kadang-kadang masuk dalam bukan sebab dia jahat tapi kena sabotaj..”

“Ini baru sahabat.. respect sungguh.. subuh-subuh dan melelh air mata..”

“Happy dia tengok kawan-kawan tunggu nak jemput masa keluar…”

“Seburuk mana pun sahabat kita di mata orang lain,tapi dihati kita dialah sahabat yang terbaik”

“Satu dalam seribu”

Betul lah kata orang, bukan permulaan kita yang dilihat dan dititik beratkan namun pengakhiran hidup seseorang itu yang penting.

Semoga persahabatan mereka kekal sehingga ke syurga.

Kredit: YOY Network

Default image
admin
Articles: 917