Aksi Pengantin Lelaki Hampir Terjatuh Tak Larat Angkat Bunga Hantaran RM20k Tarik Perhatian Netizen

Umum mengetahui, pada zaman kini money bouquet sudah menjadi satu ‘trend’.

Apatah lagi ianya mempunyai bermacam-macam bentuk, saiz dan warna yang membuatkan penerima ‘cair’ apabila mendapatnya.

Selalu kita lihat, money bouquet selalu digunakan sebagai hadiah untuk kejutan seperti hari ulang tahun, hari anniversary dan banyak lagi namun siapa angka, ianya juga boleh dibuat untuk hantaran!

Sangat lah rare dan unik namun ini lah yang dilakukan oleh seorang pemuda sewaktu hari pernikahannya.

Menerusi video tersebut, dapat kita lihat effort sang suami untuk membuat kejutan pada isteri tecinta dan difahamkan jambangan duit bunga yang begitu besar itu bernilai RM 20 Ribu! bukan biasa-biasa!

Pengantin lelaki yang juga mesra disapa Amirul ini juga dilihat cuba mengeluarkan jambangan bunga duit gergasi itu darpada kereta sambil dirakam oleh juru gambar untuk dijadikan kenangan.

Bagaimanapun, oleh kerana jambangan bunga duit gergasi itu terlalu besar dan berat, Amirul nyaris tersungkur namun dapat mengawal semula langkah kakinya.

Apa yang lebih membuatkan netizen terhibur adalah gelagat sang isteri sewaktu menerima jambangan bunga duit tersebut.

Sambil diiringi beberapa orang bridesmaids, kedua-dua pengantin nyata mencuit hati ramai apabila buat aksi berebut jambangan duit bunga gergasi itu.

Video yang tular di laman TikTok:

@seh_amirul8 pengantin nak jatuh bawa duit hantaran 20k 😂😂#fyp #fypシ゚viral #fy #fypdongggggggg #fypシ #fypage ♬ Are you ok? – 龙|•Aѕтяσ乙 🇰🇭

@seh_amirul8 pengantin perempuan berebut duit hantaran 20k 😂😂#fyp #fypシ゚viral #fy #fypdongggggggg #fypシ ♬ original sound – Syamila Azliani

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 3.7M tontonan, 193.2K tanda suka, 2343 komen dan 6799 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat jambangan bunga yang besar dan cantik itu. Dalam masa yang sama, selian memuji effort lelaki tersebut, netizen juga manrik nafas lega apabila pengantin lelaki dapat mengawal pergerakkan dan tidak terjatuh.

Berikut merupakan komen daripada warga maya:

Kredit: YOY Network

Default image
admin
Articles: 917