“Aku Tercabar” Pandai Main Roller Skate, Aksi Makcik 62 Tahun ‘Payung’ Skill Buat Ramai Kagum!

Pasti ramai diantara kita yang gemar untuk bermain roller skate bukan? Pun begitu, untuk membuat skill hebat ia perlu mengambil masa yang lama untuk dipelajari bahkan ianya bukanlah satu perkara yang mudah.
Iospital phone repair gombak
Untuk pengetahuan, permainan ini bukanlah satu benda yang baharu memandangkan ianya sudah wujud di zaman mak-mak kita dahulu lagi malah ada yang menjadikannya sebagai hobi satu ketika dahulu.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini, gelagat seorang makcik bermain roller skate ini telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh anaknya @hananrahman86, kelihatan dia sedang berada di salah sebuah pusat permainan roller skate bersama ibunya.


Namun apa yang membuatkan orang ramai terpegun adalah, dia merakamkan aksi si ibu yang hebat bermain roller skate walaupun wanita ini sudah berusia 62 tahun.

Ibunya dilihat sangat lancar bermain roller skate di sekeliling tempat tersebut dan tidak berasa kekok walaupun dikelilingi oleh golongan muda.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat kebolehan ibunya bahkan turut mendoakan agar wanita ini diberikan kesihatan dan kesejahteraannya.

“Ni benda zaman mak-mak kita bro. Dekat Klang dulu siap ada port main roller skate macam disco” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang lahir sekitar tahun kelahiran ibunya mengakui itu sememangnya permainan mereka ketika muda.

Antara komen warga maya:

“Geng2 80an & 90 an ramai yang layan roller skate ni..”

“Ok mak awak boleh geng dengan auntie.. jom ajak mak skate dengan auntie..”

“During 70s till 90 s memang banyak kaki roller.. kami membesar dengan roller skate..”

“Slay makcik slayyyyy”

“Makcik.. rasa tercabar saya dengan makcik..”

“Makcikk slayyyyy”


Video yang tular di laman TikTok:

@hananrahman86 Aku tercabar 😩 #fyp #ForYourPage #shouldbeme #TrendingMalaysia #MalaysiaTiktok ♬ SWIPE – ALYPH

Uishhh lain macam betul makcik ni! siap payung skill pula tu.. teringat pula dekat pelawak kumpulan senario, Apek. Dulu pergi mana-mana mesti pakai kasut yang ada roda, ambil award atas stage pun on ‘mode roller skate’ kikiki