Akui Rugi Besar Selepas Tidak Menerima Tempahan Baju Seksi, Rico Rinaldi Mahu Kejar Keberkatan

Kerjaya pereka fesyen merupakan salah satu bidang yang glamor dalam industri seni kreatif pada zaman ini. Dunia fesyen sentiasa berubah mengikut trend dan perkembangan sama. Pereka fesyen juga bakal berhadapan dengan pelanggan yang ingin membuat busana mengikut citarasa mereka terutamanya pelanggan wanita.

Lain pula ceritanya dengan Rico Rinaldi, seorang pereka fesyen yang sangat cepat mencipta namanya sendiri dalam bidang peragaan fesyen ini telah berkongsi pautan di laman Facebook yang dia tidak mahu lagi mengambil tempahan baju yang tidak ada full ‘lining’.

Rico juga mengkongsikan gambar ‘screenshot’ perbualannya bersama salah satu pekerja butiknya yang memberitahu dia mahu membuat perubahan yang besar iaitu tidak mahu lagi membuat baju tanpa ‘lining’ serta seksi dan akan menyatakan hal tersebut kita berurusan dengan pelanggan yang mahu menempah bajunya.

Difahamkan sudah ada beberapa pelanggannya yang membatalkan hasrat menggunakan perkhidmatannya tapi dia masih bersangka baik dengan rezeki Allah.

“Kalau korang nak tau, bila aku buat keputusan ni sebaik sahaja aku dapat penjelasan dari Ustazah Asma’ Harun hampir 10 orang customer mintak deposit booking balik. Fuhh satu tamparan hebat pernah aku alami”

“Bayangkan satu customer kau boleh dapat paling busuk RM3500-RM5000 tu paling basic untuk baju nikah. Tapi semua minta cancel. Time hantar text dekat manager aku tentang ‘hijrah kecil’ aku, hati aku sangat kuat dan yakin. Tapi tak sangka rezeki tu terus ‘hilang’ sekelip mata”

“Tapi tak, aku percaya seperti mana yang ustazah cakap, rezeki yang berkat tu bukan manusia yang bagi, tapi Allah. Rezeki berkat tu luas, dia bukan banyak tapi dia boleh bawa ke syurga”.

Menurutnya, keputusan tersebut dilakukan setelah mendapat penjelesan sebuah video daripada Ustazah Asma’ berkenaan kerbekatan hasil daripada membuat pakaian yang tidak menutup aurat di laman Instagramnya.

Rata-rata warganet juga mendoakan yang terbaik dalam ‘penghijrahnya’ dan berharap supaya dia tetap  istiqomah supaya rezeki yang diperoleh mendapat keberkatan.

Foto dan video yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rico Rinaldi (@thericorinaldi)