Akui Sering Terima Soalan Tentang Zuriat, Zulin Aziz Dedah Baru Gugur Bulan Lepas

Isu mengenai zuriat ini sememangnya satu perkara yang sangat sensitif. Lebih-lebih lagi buat wanita yang masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Terkadang, mulut segelintir netizen dan ‘makcik bawang’ yangsentiasa ingin mengambil tahu urusan orang lain juga nyata mengguris perasaan seseorang.

Sama juga kisahnya dengan seorang pelakon dan pengacara terkenal Zulin Aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda binti Abdul Aziz ini yang sering menerima pertanyaan sensitif berkenaan hal tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ciknajihah di laman TikTok ini, memaparkan Zulin yang sedang ‘make-up’ sambil membuat siaran langsung.

Siapa sangka pelakon ini mendedahkan telah mengalami keguguran pada bulan lepas. Meskipun begitu, dia turut menyifatkan soalan-soalan yang diajukan berhubung zuriat itu membuatkan hatinya terguris.

“Saya baru lepas gugur, orang tanya saya bila nak ada baby. Saya rasa nak penampar orang itu. Sabar la… Saya baru gugur bulan lepas,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, Zulin menasihatkan agar masyarakat sekeliling lebih peka dengan soalan-soalan yang ingin ditanyakan terutamanya hal zuriat, perkahwinan dan sebagainya.

“Kalau nak tanya soalan walaupun kita tidak tahu, elak tanya soalan sensitif. Kau tidak ada common sense kalau tanya soalan. Macam dulu, waktu single, orang tanya bila nak kahwin… kalau aku kahwin dengan suami kau, baru tahu!” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet berkongsikan pengalaman yang sama dengan pelakon ini dan mendoakan Zulin Aziz agar kekal kuat.

Bukan itu sahaja, mereka turut bersetuju dengan kata-kata Zulin Aziz yang menyifatkan perangai orang sekeliling tidak mempunyai ‘common sense’ terhadap soalan-soalan berkaitan anak.

Antara komen warganet:

“sama macam saya, baru satu tahun kahwin dah tanya bila nak ada baby..stress nak jawab dia tak tahu struggle kita nak dapat baby tu macam mana..”

“hahaha mula-mula kahwin memang sakit hati orang tanya..bila dah lama-lama malas dah nak layan…jawab je insha’Allah..”

“semoga kak zulin ada rezeki akan datang..ye kak sensitif bila tanya bab anak..pedih rasa hati ni..”

“pemikiran macam ni lah kadang-kadang buat kita cepat depress dengan orang sekeliling..bila belum ada anak..sibuk tanya…dah ada anak, tanya pula bila nak tambah..”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@ciknajihah Jangan lah jadi mulut puaka sangat 😭 #perjuangan2line #prengnant #sunscreen ♬ original sound – Cik Najihah