“Alam bunian ke?” Anak Nampak Air Terjun Dalam Hutan, Ibu Kongsi Detik Seram,

Kewujudan makhluk halus di sekeliling kita tidk boleh disangkalkan kerana ‘mereka’ ini juga merupakan ciptaan Allah jadi kita harus percaya akan keberadaan mereka.

Ada yang percaya makhluk halus ini juga berupaya menjelma dalam satu bentuk yang sangat menyeramkan.

Tidak dinafikan budak kecil memang akan ada yang hijabnya terbuka dimana mereka mampu melihat perkara ghaib.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana anak kepada wanita ini melihat penampakan air terjun di dalam sebuah hutan telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian portal YOY Network, satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @diamaira.onn di mana mereka berada di rumah dan secara tiba-tiba anaknya menunjukkan terdapat air terjun yang dilihat di hutan belakang rumah mereka namun apabila si ibu melihat tidak menjumpai apa-apa.

Malah, apa yang lebih mencuri perhatian adalah anaknya itu sangat teruja melihat air terjun berkenaan. Si ibu kemudian meminta agar anaknya mencari gambar rupa air terjun yang dilihatnya menerusi Google. Situasi itu membuatkan wanita tersebut merasa seram mendengarnya.

“Seram sejuk Ammi tengok anak excited tengok air terjun belakang rumah..”

Berikut merupakan video yang tular di laman TikTok:

@diamaira.onnAir Terjun Alam bunian kot tu kakak 🥲😰 ##airterjun ##alambunian ##seram ##horrorstory ##hijabterbuka ##takut ##kisahseram♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen juga turut meremang bulu roma melihat video tersebut dan menyifatkan hijab mata anak nya itu terbuka.

Dalam pada masa yang sama, ada juga para netizen yang turut dapat melihat perkara tersebut dan berkongsi dengan wanita ini apa yang dilihatnya.

Berikut merupakan komen-komen daripada warga maya:

“cantik pula tu airnya..”

“mata hijab terbula.. bawa ustaz tutup mata dia..”

“air terjun tu duduk di tengah2 pokok, bersih dan cantik sangat..”

“selalunya tempat2 macam tu mmg ada penghuninya..”

“anak saya laki 5 tahun cakap eh ibu betul lah air terjun kat situ..”

“memang budak nampak ke? saya panggil anak buah.. dia cakap ada sungai..”

“saya pun nampak.. mata hijab terbuka tu..”

“saja tanya nak suruh dia tgok nampak apa kat sini dia jawab ada air terjun.. tetiba meremang..”

“anak saya 5 tahun pun cakap ada air terjun dekat situ..”