“Alhamdulillah, lahirlah..” Shukri Yahaya dan Isteri Selamat Timang Anak Lelaki

Pelakon yang sedang popular dengan drama 7 Hari Mencintaiku 2, Shukri Yahaya telah selamat menimang cahaya mata keduanya, sebentar tadi.

 

View this post on Instagram

 

Haa mcm mana episode #7harimencintaiku2 harini? jumpa next week okay? Saja belanja gambar Mia&Khuzairi sebelum dapat Alisa

A post shared by (@shukriyahaya) on

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Shukri memuat naik video dengan khabar gembira itu dan menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan bayi dan isterinya, Tya Adnan.

“Alhamdulillah, harini Isnin 20/7/20, jam 2.18pm lahirlah adik lelaki @aairaameena.

“Tq pada Uncles & Unties yang doa untuk kesihatan, keselamatan Mommy @tyaadnan and newborn baby ni.

“Harap allah akan balas beribu lagi kebaikan pada semua yg mendoakan, amin,”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@shukriyahaya) on

Shukri Yahaya telah mendirikan rumah tangga bersama Tya Adnan pada tahun 2015 telah dikurniakan seorang anak perempuan, Aaira Ameena, yang kini berusia empat tahun.

Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2011 setelah bakatnya dicungkil oleh pengarah Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko.

Shukri juga popular dengan beberapa drama bersiri tempatan antaranya Asam Pedas Untuk Dia (2015), 7 Hari Mencintaiku (2016), Andainya Takdir (2017), Andainya Takdir 2 (2018), Split TV Series (2018), 30 Pesanan Suara (2019) dan Kerana Dia Manusia Biasa (2019).