“Alhamdulillah…,” Pelakon Julia Ziegler Selamat Timang Bayi Lelaki Seberat 3.58 Kilogram

Pelakon Julia Ziegler yang telah pun selamat melahirkan cahaya mata keduanya kira-kira jam 4.35 petang Selasa.

 

View this post on Instagram

 

🧡

A post shared by Julia Ziegler (@zieglerjulia) on

Alhamdulillah, bayi lelaki seberat 3.58kg

Julia Bob Fauzi Ziegler atau lebih dikenali Julia Ziegler telah berkongsi berita gembira itu menerusi satu status yang dimuat naik di IG Stories miliknya.

Bintang filem Jangan Tegur ini juga telah memaklumkan bayi lelaki yang dilahirkan seberat 3.58 kilogram.

Bayi selamat dilahirkan pada 07.07.2020

“Alhamdulillah, our baby boy (3.58kg) was safely delivered at 4.35 pm on 07.07.2020,” tulis pemilik nama lengkap Julia Bob Fauzi Ziegler itu.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Julia yang juga seorang pelakon dan model telah memuat naik sekeping foto sebelum melahirkan.

Sebagai rekod, pelakon berusia 36 tahun itu mendirikan rumah tangga bersama jurutera mekanikal yang dikenali sebagai Johan pada 1 Januari 2017.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Ivana Johan pula kini sudah pun mencecah usia 1 tahun 6 bulan.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen dan juga rakan artis turut mengucapkan tahniah kepada pelakon ini serta mendoakan semoga ibu dan bayi dalam keadaan sihat.

Saidatul
Saidatul
Articles: 20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.