“Allah akan selesaikan segalanya dengan cara yang kita tak dapat bayangkan,” PU Riz Respon Isu Hubungan Tunang?

Beberapa hari lepas, tular tuduhan yang mendakwa pengacara terkenal iaitu Neelofa telah berkahwin secara rahsia di Kelantan bersama PU Riz.

Bukan itu sahaja, wujud dakwaan yang mengatakan Neelofa ‘terkena’ minyak pengasih dan memindahkan sejumlah wang ke akaun tunangnya.

Walau bagaimanapun, Neelofa telah menafikan segala tuduhan palsu tersebut. Pembantu peribadi Neelofa juga dikatakan sedang giat mencari individu yang menyebarkan tuduhan palsu yang telah menjejaskan imej pengacara popular itu.

Terbaru, tunangnya PU Riz menerusi IG Story hanya memuatnaik nota ringkas seolah memberi bayangan kepada isu ini.

Sehingga hari ini, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh PU Riz bagi menjawab isu hubungannya dengan Neelofa.

Namun perkongsian PU Riz di IG Story yang memuatnaik keratan kapsyen seolah memberi bayangan kepada respon terhadap isu berkenaan menarik perhatian netizen.

And know that Allah will resolve everything in the end, in a way you would never imagine.

Kapsyen tersebut memberi maksud ‘Dan ketahuilah Allah akan menyelesaikan segalanya, dengan cara yang kita tidak pernah bayangkan’.

Kapsyen ringkas ini bagaimanapun seolah memberi bayangan terhadap isi hati PU Riz berhubung segala tuduhan-tuduhan yang tidak sahih itu yang mempunyai kaitan dengan Neelofa.

Sebelum ini, majlis merisik telah diadakan di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail dan seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan terlebih dahulu menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh PU Riz.

Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.

Hubungan akrab Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, dihidu oleh media sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Walau bagaimanapun, Neelofa yang juga pengasas syarikat Naelofar Hijab dan Nilofa Group dan PU Riz tidak pernah mengiaya atau menafikan hubungan akrab mereka.

Mereka berdua sering dilihat bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa yang diasaskan selebriti wanita yang mempunyai lapan juta pengikut di akaun Instagram.

Untuk rekod, PU Riz merupakan salah seorang peserta program Pencetus Ummah pada 2016 dan merupakan seorang pendakwah bebas serta kini turut bergelar sebagai seorang pelakon.