[VIDEO] “Nenek tuu..” Anak Beritahu Nampak ‘Nenek’ di Tingkap Dapur

Kewujudan makhluk halus di sekeliling kita tidak boleh disangkalkan kerana ‘mereka’ ini juga merupakan ciptaan Allah.

Kadangkala mereka ini juga dikatakan berupaya menjelma dalam satu bentuk yang sangat menyeramkan.

Tidak dinafikan budak kecil memang akan ada yang hijabnya terbuka. Sama seperti kisah yang tular baru baru ini.

Kanak-kanak sangat kuat berimaginasi, jadi jika mereka memberitahu bahawa mereka mempunyai rakan imaginasi atau dilihat bercakap dengan rakan halimunan mereka, mungkin orang dewasa akan menganggap perkara itu normal.

Namun ada juga ibu bapa yang percaya bahawa kanak-kanak mempunyai ‘deria keenam’ yang membenarkan mereka nampak benda-benda ghaib.

Oleh itu apabila budak kecil memberitahu bahawa mereka ternampak sesuatu yang ganjil, sesetengah ibu bapa akan risau kerana anak mereka mungkin bercakap benar.

Terbaru, menerusi pekongsian di laman YOY.MY, sebuah video yang dmuatnaik di Twitter oleh pengguna Jeffrey Zain telah membuat ramai seram sejuk apabila seorang kanak-kanak memberi tahu ibunya bahawa ada nenek di luar tingkap rumah mereka.

KIDS DON’T LIE

“Aduhai nenek pun, janganlah dok ngintai dari luar tingkap dapur. Teringat dulu cerita pasangan muda ni bercuti di Cameron Highlands, bawa anak kecil, duduk di hotel berhantu.

“Mak tengah shiok buat review makan-makan, anak dok lambai nenek atas siling.”

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita yang diyakini ibu kepada budak kecil itu merakam aksi anaknya di dapur.

Apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah apabila anaknya tidak berhenti menyebut nenek.

Lebih menyeramkan lagi apabila ibunya tanya berkali-kali kepadanya mana nenek, dia menjawab itu sambil menuding jari ke luar tingkap.

Ibu itu dengan selamba menyuruh anaknya halau nenek itu.

Tunjuk ke arah luar tingkap sebaik saja ibu tanya mana nenek

Video itu mendapat perhatian warganet. Menjenguk ke ruangan komen rata-rata netizen turut rasa seram dengan aksi budak kecil itu.

Malah, ramai juga yang berkongsi pengalaman yang sama.

Berikut merupakan komen komen netizen :

“dulu ayah nak tembak babi belakang rumah so saja ikut nak tengok kejap. pastu nmpk benda putih tgh sandar dekat pokok. tanya ayah tu ke babi, and ayah angguk sebab ayah igtkan i nampak babi tu tapi sbnrnya i nmpk pocong tgh sandar. sampai darjah tiga, i ingat pocong tu babi”

“Anak aku besa kena tapi dia nangis teruk, sekali aku ajak nak jumpa barua tu nak ajak 1-1 (aku jerkah kuat gila) teruih anak aku kata dia lari. Amboi masuk rumah orang suka hati. Celaka punya jin.”

“Anak saya nampak ular bercakap dengan dia kat luar tingkap. Padahal kami duduk kat tingkat atas.”

Default image
admin
Articles: 750