Anak Beriya Menangis Nak Minum ‘Air Kotak’ Santan, Reaksi Lepas Sedut Buat Netizen Terhibur

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.

Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri dan tidak dinafikan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana budak perempuan ini meminta untuk minum santan kotak yang menyangka ianya adalah air kotak mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang tular, dapat kita lihat anak kecil itu menangis teresak-esak kerana ibunya enggan memberikannya ‘minum’ santan kotak tersebut.

“Dia buat perangai weh nak minum santan, minta kita cucuk straw pula tu,” tulis wanita berkenaan di media sosialnya.

Memetik laporan mStar, ibu kanak-kanak berkenaan, Irshadussari Roselan, 29, berkata, kejadian berlaku pada Rabu lepas.

Irshadussari menjelaskan bahawa anaknya itu ternampak santan kotak yang berada di atas meja lalu menyatakan bahawa itu adalah minuman miliknya.

“Mungkin dia nampak kotak tu santan Farm Fresh tu macam cantik, dia nak… jadi ‘bergaduh’ la dengan dia.”

“Dia cakap i want it, that’s Incesh punya… Incesh tu nama panggilan dia, singkatan dari perkataan princess,” katanya yang menetap di Beranang, Semenyih.

Bagaimana pun, wanita yang mesra disapa Syadus ini enggan ‘bertegang urat’ lalu mengalah dan membiarkan anak kedua daripada lima beradik itu untuk mencuba sendiri air kotak tersebut.

“Saya malas nak biar dia menangis lama-lama, jadi saya bagi juga la, dah dia pun tak nak mengalah.”

“Bila dia minum baru dia faham kenapa orang tak bagi.”

“Taste not good (rasa tak sedap) katanya,” kongsi Syadus.

Menurut ibu kepada budak perempuan berkenaan, ini adalah bukan kali pertama dia meminta benda-benda pelik apatah lagi yang melibatkan makanan.

“Sebenarnya banyak kali dia minta benda pelik-pelik ni, baru ni dia minta wasabi sebab dia cakap tu sos brokoli, tapi memang tak la saya bagi.”


“Dia ni enjoy makan, budak selalunya picky eater (memilih makanan) tapi dia minat nak makan, kalau makan dia memang last sekali dekat meja,” katanya.

Video yang tular di laman TikTok:

“Dia buat perangai weh nak minum santan. Minta kita cucuk straw pulak tu”

 

@kucinggemukboyotDia buat perangai weh nak minum santan. Minta kita cucuk straw pulak tu 🥲 ##farmfreshmalaysia♬ bunyi asal – Nooraidahhamzah

“Ketegaq nak sangat kan. Btw santan nji sedap. Saya minum dengan kopi premium untuk boost metabolism, ambil masa pagi .”

@kucinggemukboyotKetegaq nak sangat kan. Btw santan farm fresh sedap. Saya minum dengan kopi premium +vco untuk boost metabolism, ambil masa pagi .♬ bunyi asal – Nooraidahhamzah

 

Kredit: YOY Network