Anak Dalam Kandungan Tiba2 Hilang Lepas Mimpi Nenek Tua Datang Urut Perut, Doktor Kongsi Kisah Mistik

Sama seperti pasangan berkahwin yang lain, setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga pasti mahukan zuriat mereka sendiri sebagai penyeri rumah tangga.

Terutamanya ibu yang mengandung. Mereka sudah pasti berasa teruja sekali dan tak sabar untuk melihat wajah bayi yang bakal dilahirkan nanti.

Namun lain pula dengan kisah yang diceritakan oleh doktor yang berasal dari Indonesia ini. Kisah mistik itu sempat dikongsikannya bersama netizen di laman TikTok.

Menurut video yang dimuat naik Dr. Mrs. Dy, pesakit dari pedalaman daerah perkebunan datang berjumpanya untuk memeriksa keadaan bayi sama ada sihat mahupun sebaliknya.

Pada mulanya keadaan bayi berusia enam bulan itu dikatakan sangat baik dan degupan jantung juga stabil. Malah memang tiada sebarang masalah.

Namun keesokan harinya dia datang lagi berjumpa dengan doktor ini tapi kali ini dalam keadaan perutnya kempis.

Memang langsung tiada tanda-tanda seperti ibu sedang hamil apatah lagi tanda-tanda kelahiran!

Apabila disoal, pesakit tersebut buka mulut mengatakan malam sebelumnya dia bermimpi didatangi oleh nenek tua yang meminta-minta bayinya.

Nenek tua itu turut dikatakan mengurut perutnya sebelum hilang bersama dengan bayi dalam kandungan.

“Saya tanya dia, awak izinkan nenek itu ambil anak awak? Dia kata belum sempat jawab ya nenek tu dah hilang dengan anak saya.” jelas Dr. Mrs. Dy.

Video yang tular di laman TikTok

@dr.mrs.dy sama seperti kejadian2 sebelumnya🥺#Riau #ceritaseram ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Pun begitu, pesakitnya itu telah pun dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Doktor itu juga mengaku kejadian mistik ini bukanlah yang kali pertama dialaminya. Malah sudah banyak kali.

Selain menekankan isu wujudnya kejadian mistik terhadap ibu mengandung, doktor ini turut saling meningatkan agar ibu-ibu yang beragama Islam perbanyakkan ibadah ketika mengandung agar dilindungi sentiasa dan dipermudahkan urusan.

@dr.mrs.dy Balas @fahriattala ♬ PadaMu Kubersujud – Religi Islam – Afgan