Anak Didera Di Pusat Asuhan, Hasil X-Ray Ada Kesan Retak & Klip CCTV Banyak Hilang

Siapa yang tidak sayangkan anak, sedangkan anak itu yang dikandung dan dijaga sebaiknya denga sifat yang sempurna.

Namun remuknya hati seorang ibu apabila mengetahui anaknya di dera oleh orang yang dia amanahkan untuk menjaga anaknya ketika dia dan suami pergi berkerja.

Hati-hati semua nak hantar anak pergi taska

Itulah yang terjadi kepada seorang wanita bernama Affan Ikka Wan Nurul yang berkongsi kisah di Facebook tentang keadaan anaknya selepas didera di sebuah pusat asuhan.

“For those yang tanya kenapa dengan Melissa n sorry tak reply dm whatapp semua. Ni la yang terjadi pada Melissa. Hati hati la semua kalau nak hantar anak pergi taska.”

Tak semua orang ikhlas untuk bekerja

“Tak semua orang ikhlas untuk bekerja. Alhamdullilah Melissa sekarang duduk dengan my aunty. Sihat ceria. Thank you semua yang doakan Melissa.”

Berasa tidak sedap hati lihat anak nangis dan ada tanda di mata

Menurut wanita itu, pada mulanya dia berasa tidak sedap hati ketika berada di pejabat dan asyik menunggu waktu untuk pulang dan menggambil anaknya di taska.

Semasa dia mengambil anaknya di taska, dia melihat anaknya sedang menangis dan mempunyai tanda di mata.

Pengasuh cakan tanda kerana berebut mainan dengan baby 10 bulan

Apabila ditanya, pengasuh tersebut hanya mengkhabarkan kanak-kanak itu berebut mainan dengan bayi berusia 10 bulan.

“Saya nampak bertanda pada mata dia belah kiri. Bila tanya just cakap berebut mainan dengan baby 10 bulan.”

Ternampak kesan jari pada muka anaknya

Dia hanya mengiyakan perkara itu dan terus pulang. Sepanjang perjalanan pulang, dia melihat seluruh badan anaknya.

Selepas diteliti, Melissa jika mempunyai kesan cedera yang lain dan dia ternampak kesan jari pada muka anaknya.

Melissa tidak mamu jejakkan kaki kanannya di lantai 

Justeru dia terus menyuruh suaminya untuk bertanya kepada guru di taska itu dan guru itu memaklumkan bahawa itu adalah kesan tidur di atas ‘playmat’ serta ia akan hilang.

Usai malam, dia mengajak anaknya bermain dan cuba untuk mengajar anaknya berjalan tetapi anak kecil itu tidak mahu menjejakan kaki kanannya di lantai.

Doktor cadangkan untuk buat x-ray

Dia dan suami bimbang dengan keadaan itu terus pergi ke klinik dan doktor mencadangkan untuk membuat x-ray.

“Malam tu dalam bilik ajak dia tateh dia tak nak jejak kaki kanan dia.

“Kita orang pergi klinik, doktor tak berani nak buat apa-apa and suggest kita orang pergi x-ray kaki Mel. So malam tu cari klinik untuk x-ray tak ada tutup.”

Selepas keputusan x-ray keluar pakar nasihat buat laporan polis

Tambahan lagi, mereka membawa anak kecil itu ke ruang kecemasan untuk mendapatkan rawatan segera dan memberitahu doktor di hospital tentang kesan yang ada pada muka anak mereka.

Keesokan harinya keputusan X-ray keluar dan pakar kanak-kanak menasihati mereka untuk membuat laporan polis berkaitan kes ini kerana anak mereka didapati didera.

Pihak hospital dapati anak mereka ada bengkak di kaki

Sekali lagi mereka dipanggil oleh pihak hospital dan mendapati anak mereka mempunyai bengkak di kaki dan perlu mendapat rawatan pediatrik.

Namun kata ibu kepada anak kecil itu, pegasuh tersebut memberikan jawapan yang berbeza-beza setiap kali ditanya.

“Then dia transfer ke doktor pediatrik. Then masa ni dia check Melissa. Dia cakap tak ada apa-apa masalah.”

Ada kesan jari tampar 

“Bab muka 3 kali saya tanya 3 kali jawapan dia berubah. 1 dia kata kesan jari tampar. 2. Kesan kene tepis toy @ tangan. 3. Dia kata rashes saja. “

“Masa ni banyak kali dia paksa Melissa untuk jalan. Tapi Melissa still tak nak. End up dia buat report cakap dekat ortho cakap Melissa takut nak jalan sebab ramai orang.”

Pengasuh bagi kenyataam muka Melissa hanya rashes sahaja

Pengasuh itu juga memberi keterangan kepada pihak polis bahawa kanak-kanak itu tiada sebarang masalah oleh kerana tidak mahu bekerjasama dan tidak mahu naik ke mahkamah serta mereka mahukan wang untuk mengubah kenyataan.

“Dia bagi statement dekat polis kaki Melissa okay tak ada masalah muka Melissa just rashes je.”

Mana ada rashes bertukar jadi lebam

“Mana ada rashes bertukar jadi lebam. Punca diaorang tak nak bagi kerjasama sebab malas naik court. Dia kata bagi duit lebih untuk ubah statement.”

Apabila tiba di hospital, doktor menasihati mereka untuk simen kaki anak kecil itu kerana bahaya namun mereka tidak berkata apa-apa soal anak mereka.

Doktor cakap kalau sayang anak encik dan anak lain buatlah report

Namun doktor tersebut seperti hairan dengan keadaan Melissa dan dia mengatakan bahawa kesan itu bukanlah disebabkan oleh terjatuh dan memberi mereka surat untuk membuat laporan polis.

“Doktor sendiri cakap ni bukan jatuh ni kesan lain ni.”

“Dia siap buatkan kami surat untuk suruh kami buat report polis and dia cakap kalau sayang anak encik dan anak-anak lain buat la report.”

Terbukti pengasuh berkasar selepas lihat CCTV

Kenyataan mereka akhirnya terbukti selepas melihat rakaman CCTV di taska berkenaan di mana pengasuh tersebut menampar bayi 10 bulan dan membaling bayi itu.

Namun tiada bukti pengasuh tersebut bertindak kasar pada anak mereka.

“Memang terbukti dia ada buat kasar dekat baby. Dan tak ada bukti yang dia kasar pada Melissa sebab IO play video skip skip.”

“Cuma ada bukti dia lempang baby 10 bulan tu dan amek baling baby tu.”

Banyak video CCTV yang hilang

Didapati klip rakaman CCTV di taska itu sudah banyak yang hilang.

Mereka hanya dapat melihat anak mereka minum susu selama 1 minit, baring 1 minit dan beberapa saat minum air kosong.” kata ibu Melissa.

Dia baling tuala atas muka Melissa

Pengasuh tersebut difahamkan amat kasar kepada anak-anak syurga itu justeru membaling tuala ke muka anak mereka dan menutup muka semasa tidur dengan alasan silau.

“Memang dia sangat kasar dengan anak-anak syurga tu. Dia baling tuala atas muka Melissa.”

“Dia tutup muka Melissa masa tidur alasan sebab silau padahal tak ada cahaya pun kat situ.”

Melissa hanya baring dan menangis sahaja

“Lepas Melissa mandi pukul 8 langsung Melissa tak berdiri dia baring dan menangis sahaja.”

Bukan itu sahaja, kenyataan sebelum ini tentang Melissa tidur di atas tikar getah itu adalah palsu semata-mata.

Luluh hati tengok 8 jam Melissa menangis

“Muka Melissa yang kata tidur atas playmat tu pun tak betul. Melissa tak ada tidur atas playmat pon.”

“Memang luluh hati tengok 8 jam Melissa menangis. Penat menangis tidur. Kesian anak mummy. I’m sorry Melissa.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersedih dan geram dengan apa yang terjadi kepada anak ini.

Mereka juga menasihati supaya semua ibu bapa yang menghantar anak-anak di taska dan rumah pengasuh supaya sentiasa memerhatikan anak-anak mereka.

Kredit: YOY.MY

Default image
admin
Articles: 818