Anak Hampir Dilanggar, Reaksi Santai Ibu Bapa Pula Buat Darah Netizen Mendidih

Jalan raya merupakan tempat yang berisiko besar untuk berlakunya sesuatu kemalangan. Yang lebih merisaukan orang ramai adalah kemalangan yang mampu meragut nyawa.

Sebagai pengguna jalan raya yang bertanggungjawab, kita seharusnya memastikan keselamatan keluarga kita di atas jalan raya terutama sekali kanak-kanak.

Tular sebuah video menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki tiba-tiba melintas secara melulu sehingga hampir dilanggar oleh seorang pemandu kereta yang turut menggunakan laluan yang sama.

Kejadian yang sempat dirakam oleh dashcam itu dipercayai berlaku pada 8 April 2022 kira-kira jam 10.33 malam.

Walaupun kanak-kanak itu salah, netizen lebih menyalahkan ibu bapa kepada kanak-kanak itu kerana dianggap cuai dan langsung tak endah dengan keselamatan anak mereka.

Malah, si ibu bapa langsung tidak memberikan apa-apa reaksi kepada pemandu yang hampir melanggar anaknya mahupun anaknya sendiri.

Menerusi rakaman kamera dashcam itu tadi, mereka hanya berjalan secara santai menuju ke arah kanak-kanak terbabit dan langsung tidak meminta maaf kepada pengguna lain atas kesalahan anaknya itu.

Video yang tular di laman Instagram

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya naik darah melihat sikap kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut yang gagal mengawasi anak mereka sehingga hampir diundang maut.

Mereka turut dilihat tidak berbudi bahasa kerana melepasi kereta pemandu dengan muka yang sombong. Mujur si pemandu seorang yang penyabar.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Instagram

“At least give sign of apology la…”

“Mak dia blh jalan lengang kangkung je..ppeerhh!!!…”

“mak dia relax je 🧐” “mak pak dia rilek je…kalau da kena baru la ko tau….sapa² tolong contact will smith soh dia pelempang minah tu….respect driver”

“Perangaiiiiii. Angkat tangan la at least woiiiiii. Siap pandang slack plak tu”

“Allhuakhbar brderau jantung teman tgk”