Anak ‘Prank’ Mak Ayah Jadi Rider, Setelah Setahun Akhirnya Pulang Dari New Zealand Buat Ramai Sebak

Di kalangan kita, pasti ada anak-anak yang jauh dari keluarga yang berhijrah untuk mencari rezeki.

Iospital phone repair gombak

Lebih-lebih lagi apabila mereka sanggup berhijarah sehingga ke luar negara, setahun sekali sahaja boleh balik ke kampung dan dapat berkumpul bersama keluarga.

Begitulah kisah yang berlaku baru-baru ini di mana seorang lelaki menyamar sebagai rider penghantar makanan untuk ‘prank’ ibu dan ayahnya setelah sekian lama tidak pulang ke pangkuan mereka.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kinnnn_ di laman TikTok itu, dapat dilihat seorang wanita sedang menyambut kedatangan rider yang berhelmet itu.

Dikatakan pada ketika itu rider tersebut sedang menghantar makanan ke rumah mereka.

Namun apa yang membuatkan orang ramai lebih terhibur adalah apabila walaupun lelaki itu masih berhelmet, dia telah diajak masuk ke rumah dan siap mengambil gambar pelanggannya itu.

Sebaik sahaja dia menanggalkan helmetnya, ibu dan ayahnya terkejut gembira sehingga mengalirkan air mata terharu disebabkan anak mereka itu rupa-rupanya sudah pulang dari New Zealand secara senyap-senyap.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah mencecah sehingga 2.2M tontonan, 242.9K tanda suka, dan 6430 komen di laman platform sosial berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa sebak melihat momen manis lelaki itu yang akhirnya bersatu semula dengan keluarganya.

Antara komen netizen:

“aku nii bukan boleh tengok bende happy pon nangis..sedih nangis..ape je yg tak nangiss”

“Aku x ley betul kalau tgk pak yg nangis . Ingat hati Kental da td 😅 menitik gak air mata yg tgk ni 😭”

“suka tengok family bonding macam ni. Btw single lagi ni, aa marilah bina keluarga bahagia bersama saya🥰”

“ayah klau sedih pun kluar air mata biasa ja kalini tngk ayah bang mmng betul rindu menahan keperitan nk raya🥺”

Video TikTok yang tular:

@kinnnn_ Adik dari New Zealand balik senyap2 nak surprise ma abah sempena puasa. Alhamdulillah raya ni complete dah keluarga AA & Ba. #fyp #ramadhan2023 #fypシ ♬ Rahmatun Lil’Alameen – Maher Zain