[VIDEO] Anak Punca Keretakan Rumah Tangga Puteri Sarah & Syamsul, Kazar Anggap Bukan Masalah Besar

Pelakon veteran Kazar memohon agar masyarakat tidak mudah menghukum sehingga mengguris perasaan keluarga berhubung kontroversi melibatkan anak perempuannya iaitu Ira Kazar yang didakwa menjadi perosak rumah tangga orang lain. Kazar atau nama sebenar pelakon itu Kazaruddin Saisi, 63, berkata, dia berharap masalah melibatkan Ira dengan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana dapat diselesaikan dengan segera. [...]

Pelakon veteran Kazar memohon agar masyarakat tidak mudah menghukum sehingga mengguris perasaan keluarga berhubung kontroversi melibatkan anak perempuannya iaitu Ira Kazar yang didakwa menjadi perosak rumah tangga orang lain.

Kazar atau nama sebenar pelakon itu Kazaruddin Saisi, 63, berkata, dia berharap masalah melibatkan Ira dengan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana dapat diselesaikan dengan segera.

“Nasihat saya kepada netizen, janganlah berkasar sangat dalam berbahasa. Bercakaplah elok-elok kerana ini bukan kerja kita.

“Kalau boleh mereka yang terlibat ini berdamailah. Ia bukan masalah besar sangat,” ujarnya kepada mStar.

Kazar ditemui ketika majlis Anugerah Seri Angkasa 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu.

Dalam pada itu, Kazar enggan memberi sebarang komen lanjut berhubung kes berkenaan memandangkan ia masih dalam siasatan selain tidak mahu menimbulkan salah faham antara kedua-dua belah pihak.

Pun begitu, sebagai seorang bapa, Kazar sentiasa memberi sokongan penuh terhadap Ira ketika dia berdepan dengan masalah sebegini.

“Saya tidak boleh beri sebarang komen lanjut kerana perintah mahkamah.

“Ira okey sahaja… kami sekeluarga memberi sokongan penuh kepadanya,” ujarnya.

Sarah sebelum ini membuat dua aduan iaitu di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas dakwaan penglibatan orang ketiga dalam rumah tangganya manakala di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan melakukan gangguan.

Untuk rekod Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga membabitkan Sarah dan Syamsul.

Terdahulu, pelakon Puteri Sarah bertindak memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor berhubung gangguan dan pemerasan yang diterimanya daripada anak kepada pelakon veteran Kazar, Faghirah Fatini Kazaruddin atau Ira Kazar.

Menurut Puteri Sarah, kedua-dua tindakan tersebut dilakukannya hari ini sekali gus memerintahkan defendan (Ira) berhenti melakukan gangguan dan pemerasan terhadapnya di mana-mana platform media sosial atau media.

“Tujuan mengapa saya lakukan semua ini adalah untuk maruah saya yang sudah lama tercalar dan selama ini saya diamkan.

“Sebenarnya perkara ini tidak akan berlarutan sebegini sekiranya saya tidak diganggu pihak ketiga (Ira) yang mencabar saya. Jadi inilah harinya,” katanya kepada Kosmo.

Tambah Puteri Sarah, dia enggan berdalih setelah sekian lama berdepan pelbagai gangguan yang dilayangkan Ira yang didakwa kekasih kepada suaminya, Syamsul Yusof.

“Saya buat begini untuk mempertahankan hak saya. Dah ambil orang punya, duduk diam-diam. tak perlu canang satu dunia. Kacau isteri, keluarga dan orang sekeliling. Dah ambil orang punya, duduk diam-diam,” ujarnya.

Puteri Sarah diwakili peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader, Umi Kartini Abd Latiff dan Siti Natasha Basheer Hassan.

Sementara itu, Umi Kartini berkata, dia dan anak guamnya telah mendapatkan perintah interim injuksi yang antara lain memerintahkan defendan agar berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa sahaja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial atau mana-mana platform media.

Video penjelasan Kazar mengenai isu ini

@astrogempak #GempakNews: Kazar anggap isu tak besar anatar Puteri Sarah & Ira Kazar, harap mereka berdama #SembangEntertainmemt #BeritaDiTikTok ♬ original sound – Gempak