“Another level ni” Naik ‘Gojek’ Sambil Buat Laporan, Aksi Wartawan RTM Ini Buat Ramai Kagum!

Setiap karier mempunyai cabaran yang tersendiri, sama juga bekerja sebagai seorang wartawan.

Iospital phone repair gombak

Hal ini demikian kerana tugas mereka perlu meliputi berita tanpa mengira cuaca dan masa, serta menyalurkan maklumat yang sahih dan lengkap kepada umum.

Sama seperti kisah seorang wartawan yang popular di laman TikTok baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @melissajoykedayan itu, kelihatan wartawan itu sedang memberikan laporan seperti biasa.

Tetapi apa yang menariknya, dia membuat laporan di atas sebuah ‘gojek’!

Difahamkan, wartawan RTM itu telah membuat ‘stand upper’ sewaktu menunggang motosikal yang sedang bergerak sememangnya yakni lain daripada yang lain.

Wartawan ini dikatakan membuat liputan di atas gojek itu ketika berada di Jakarta, Indonesia.

Apa yang membuatkan ramai tertarik dengannya ialah apabila dia selamba sahaja membuat liputan sambil membonceng motosikal itu.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video yang tular ini telah berjaya meraih sebanyak 468.6K tontonan, 35.9K tanda suka dan 1080 komen di laman platform sosial TikTok tersebut.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai memberikan pujian terhadap wartawan tersebut kerana tetap kekal profesional dalam menjalankan tugas kariernya itu.

Antara komen netizen:

“tudung senget pon senget la😂. janji kerja mantap. hahaha terbaik ni. kena bg anugerah. dia camera, dia penympai, dia edit semua dia haha good 👍”

“dia wartawan dia jugak cameraman .. gaji kne double ni sbb buat dua kerja 😂😂”

“power akak rtm ni sarung helmet pembonceng gojek. yang naik gojek je tauu haha salute”

“yg nie sy suka buat akk RTM, tak malu utk menyampaikn brta utk kedua2 negara. slam akal sehat dr 🇮🇩 buat negara 🇲🇾. smoga kedua2 pemimpin makin solid”

“Padu btl.. Bleh berucap lgi time naik gojek..klu naik grab mmg lmbt lh smpai program tu 😅”

Video TikTok yang tular:

@melissajoykedayan Hebatnya wartawan RTM ni, buat standupper atas Gojek 😳😍👏🏻 #womanpower #thisgirlisonfire #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #indonesia🇮🇩 #malaysia #istanabogor ♬ original sound – MELISSAJOY 🇲🇾