“Artis pun manusia, reti m4ki juga” Reen Rahim Rimas Selalu Dapat Komen Berbaur Luc4h

Pelakon Reen Rahim tampil membalas komen-komen berbaur lucah yang ditulis pengguna Instagram menerusi foto yang dimuatnaik baru-baru ini. Jelas Reen, tindakannya membalas dan tidak menyekat akaun sedemikian bagi memberikan pengajaran kepada individu tidak bertanggungjawab menggunakan media sosial. "Penatlah nak block orang bebal ni. Selalunya aku abaikan dan block tapi hari ni macam naklah layan, nak [...]

Pelakon cantik Reen Rahim tampil membalas komen-komen berbaur luc4h yang ditulis pengguna Instagram menerusi foto yang dimuatnaik baru-baru ini.

Jelas Reen, tindakannya membalas dan tidak menyekat akaun sedemikian bagi memberikan pengajaran kepada individu tidak bertanggungjawab menggunakan media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

“Penatlah nak block orang bebal ni. Selalunya aku abaikan dan block tapi hari ni macam naklah layan, nak rasa jadi bebal seronok tak. Tapi maaflah kasar bro.

“Artis pun manusia, reti m4ki juga, cuma kena ikut mood,” tulis Reen menerusi Instagram Stories.

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Reen Rahim memulakan kerjaya awalnya sebagai pendandan rambut.

Pada awal 2012, beliau menjuarai rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim ketiga terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).[

Lakonan TV pertamanya ialah menerusi watak Elia dalam drama Aku Tak Percaya Cinta yang disiarkan di TV3. Reen memegang watak Amy, rakan karib Tasha lakonan Puteri Sarah Liyana dalam Evolusi KL Drift: The Series di TV2.

Kerjaya filem beliau termasuk peranan dalam filem aksi komedi, Gangster Celop arahan Ahmad Idham lakonan Syamsul Yusof dan Kamal Adli, Mawar Putih arahan Rosnani Jamil dan Soulmate Hingga Jannah arahan A. Razak Mohaideen.

Reen memegang watak tajuk dalam drama Sahara yang disiarkan di Astro Prima, pernah mencetuskan kontroversi satu ketika dahulu.

Peranannya di dalam telefilem termasuk Talak, Romantika Bulan Madu, Aku Bukan Hijabista, Calon Suami dan Kaki Kipas.

Reen dilaporkan akan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi, biarpun beliau lebih dikenali sebagai pelakon.

Beliau bergandingan di samping aktres Nabila Huda menerusi filem Rempit Sampai Langit yang ditayangkan pada 23 November 2017.

Beliau digandingkan bersama Pekin Ibrahim dalam telefilem Perahu Kecil yang bersiaran di TV1 pada 29 September 2018.

Komen berbaur luc4h

Reen turut memuat naik tangkap layar komen-komen biadab pengguna media sosial yang menulis komen berbaur luc4h pada gambar-gambarnya.

Reen dalam pada itu berterima kasih kepada peminatnya yang sering menenangkan dan menasihatinya untuk bersabar dan tidak melayan pengguna sedemikian.

“Adik-adik DM akak minta akak sabar jangan layan, terima kasih banyak-banyak.

“Tapi memang mood hari ini seronok nak layan kebebalan beliau-beliau, tak jejaskan mood akak pun sayang. Akak happy-happy je ni,” tambah Reen.

 

Rata-rata netizen bersimpati dengan Reen Rahim dan berharap dia dapat bersabar dengan ujian tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.