Asbab Disengat Tebuan, Lelaki Pergi Selamanya Meninggalkan Balu Suri Rumah & Anak Kecil

Bukan setakat bengkak biasa mahupun kulit menjadi kemerahan, tetapi sengatan tebuan memberikan kesan yang berbeza-beza kepada setiap individu.

Tiada siapa sangka bagi seorang jejaka ini, lelaki ini telah pergi dijemput ilahi dipercayai kerana dia disengat oleh haiwan yang agak berbahaya ini.

Menerusi perkongsian penyampai radio terkenal, DJ Lin di mesia sosialnya, dia menyampaikan salam takziah buat keluarga Allahyarham Mohammad Saiful Bahri bin Che Husin.

Menurut perkongsian hantaran itu, kejadian pilu tersebut berlaku apabila Allahyarham Saiful berangkat pulang dari tempat kerjanya.

Apa yang lebih menyentuh jiwa orang ramai, arwah pergi meninggalkan seorang anak kecil yang akan menyambut hari kelahiran ke-2 tahun pada 17 Mac nanti yang tidak lama lagi tiba.

“Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Mohamad saifulbahri bin che husin, Pemuda berusia 28 tahun yang disahkan meninggal dunia akibat disengat tebuan sebaik pulang dari kerja.

“Meninggalkan seorang Isteri yang juga suri rumah, Fahmizah Mohd Noor & seorang anak berusia 2 tahun yg akan sambut birthday pada 17 Mac ini” – coret di laman Facebook DJ Lin.

Pemergian yang tiba-tiba itu telah memberikan kesedihan yang amat besar seakan Allahyarham membawa jiwa keluarganya pergi.

Dalam pada itu kata Puan Jaja, kakak kepada arwah mengatakan pengebumian Saiful berjalan dengan sangat mudah dan lancar.

Sama-sama kita hulur bantuan untuk bantu beban isterinya yang tidak bekerja. Justeru itu, isterinya adalah suri rumah sepenuh masa dan tidak mempunyai sumber pendapatan lain kini harus tabah untuk membesarkan anak tunggalnya seorang diri.

Malahan, pihak ahli keluarga Saiful juga mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa DJ Lin yang menghebahkan berkaitan kejadian tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengkui turut berasa sebak dan dalam masa yang sama para netizen juga turut menitipkan doa agar roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: Facebook DJ Lin Suria, Jaja Nor Fiza