“Auto jadi Azizulhasni Awang” Gelagat Lelaki Dikejar Anjing Ketika Berbasikal Buat Ramai Terhibur!

Baru-baru ini tular di laman TikTok dimana seorang wanita yang sedang berbasikal dikejar anjing namun masih steady di mengayuh walau hakikatnya cuak habis!
Iospital phone repair gombak
Apa yang lebih menarik perhatian adalah dia sempat membuat bunyi ‘shuhh’ bagi menghalau anjing tersebut dari mengejarnya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki gigih mengayuh basikal setelah dikejar seekor anjing telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rsydnfhmi_, kelihatan salah seorang penduduk disitu sedang betulkan mentol lampu dekat balkoni rumahnya


Namun apa yang membuatkannya terkejut adalah dia terakam aksi seorang lelaki yang dikejar anjing ketika sedang berbasikal di kawasan perumahannya.

“Sorry bang saya tak dpt tolong” ujarnya di ruangan kapsyen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berseloroh mungkin itu kali terakhir lelaki tersebut lalu ke kawasan itu.

“Abang tu lepas ni tak naik basikal dah rasanya. Pernah merasa kena kejar anjing masa nak pergi kelas. Pehhh auto Usain Bolt dah lari” – Netizen

Bahkan ada juga yang meninggalkan komen lucu dimana menyamakan lelaki tersebut dengan pelumba basikal trek profesional Malaysia iaitu Azizulhasni Awang.

Antara komen warga maya:

“Abang tu pasni tak naik basikal dah rasanya”

“Try guna sound azizul hasni awang”

“Pernah merasa kena kejar anjing masa nak pergi kelas.. pehhh auto usain bolt dah lari.. pakai baju kurung lagi..”

“Tu kalau rantai basikal putus, putus nyawa”

“Abang auto feeling2 juara olympic”

“Pernah kena! dahla naik scooter electric.. bayangkan laju dia sampai mana je.. sebaik selamat”

“Hahahaha abang tu mesti sejuk satu badan”

“Pernah kena dah lah malam.. aku kena jalan pulak gelap memang segala lubang aku langgar sikit lagi nak pindah alam”


Video yang tular di laman TikTok:

@lonetong_ Sorry bang saya tak dpt tolong😭 #fypシ #tiktokmalaysia ♬ original sound – rsydnfhmi_

Laju betull.. seinci nak pindah alam kalau macam ni bangg