“Jangan siasat saya,” Awal Ashaari Patuh SOP, Cuma Buka Mask Bila…

Tidak mahu disalah anggap tidak mematuhi SOP PKPB, Awal memuat naik satu hantaran ‘mencuit hati’ di laman Instagram miliknya.

Umum mengetahui bahawa selebriti dan usahawan terkenal iaitu Neelofa baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bersama pendakwah Haris Ismail ataupun PU Riz pada 27 Mac 2021 di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Namun di sebalik keindahan majlis perkahwinan selebriti tersebut, terdapat netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan majlis sosial yang berlangsung ketika pandemik COVID-19 itu kerana dilihat gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan seperti pemakaian pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal sehingga perkara itu mendapat perhatian pihak polis dan kini sedang dalam siasatan.

Antara yang turut hadir di majlis perkahwinan usahawan terkenal itu adalah rakan baik Neelofa iaitu pasangan selebriti Awal Ashaari dan isterinya, Scha Al-Yahya.

Tidak mahu disalah anggap tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP), Awal memuat naik satu hantaran ”mencuit hati” di laman Instagram miliknya.

Menulis di ruangan kapsyen :

“Dalam jutaan bunga kat belakang tu, dua kuntum bunga yang paling cantik, paling wangi, dan paling berseri seri.

“Satu bunga saya dah petik, satu lagi disunting Haris. Lelaki lain boleh lah ambik bau bunga bunga lain yang masih banyak kat backdrop tu.

“Selamat Pengantin Baru @neelofa & Haris. Jangan siasat saya dan bunga Saya pls. Kitorang pakai mask sepanjang masa kecuali time nak ambik gambar dan makan Sebab kita takde langsir mcm pengantin.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

Selain mengucapkan tahniah kepada Neelofa dan PU Riz, Awal turut memberitahu bahawa beliau hanya menanggalkan pelitup muka ketika makan dan mengambil gambar, malah sempat bergurau berharap tiada siasatan dilakukan terhadapnya.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang terhibur membaca kapsyen yang ditulis oleh Awal.

Terdahulu, majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz didakwa telah melanggar SOP perkahwinan seperti mana disarankan pihak kerajaan sebelum ini.

Rentetan daripada dakwaan tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) oleh netizen, majlis perkahwinan selebriti terkenal itu disiasat pihak polis.

Menurut Mohamad Zainal, siasatan awal mendapati majlis yang diadakan itu gagal mematuhi SOP yang ditetapkan selain tiada penjarakan fizikal.

“Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan,” katanya.

Neelofa selamat diijabkabulkan dengan Riz atau nama sebenar, Haris Ismail di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Ia seterusnya menjadi bualan ramai di media sosial apabila ada yang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa mengenakan kompaun kepada beberapa pasangan sebelum ini kerana gagal patuh SOP.

Dalam majlis bertemakan serba putih, bekas pengacara MeleTOP itu dinikahkan oleh adik kandungnya, Mohamed Aqief Mohd Noor berwakil walikan bapanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dijemput membacakan khutbah nikah dan tazkirah ringkas.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa selebriti tanah air seperti Scha Alyahya, Awal Ashaari, Izara Aishah, Kilafairy serta Hannah Delisha dan suami, Imam Shah.

Kredit: YOY Network