Ayah Ajar Anak Garu Kepala, Gelagat Comel Bayi Seakan Faham Arahan Buat Ramai Terhibur!

Tidak dinafikan, kehadiran cahaya mata akan menambah seri dan keceriaan dalam sesebuah keluarga malah gelagat dan teletah mereka juga sering membuatkan kita tidak kering gusi melihatnya.
Iospital phone repair gombak
Seperti yang kita tahu, jika anak dibawah jagaan ayah ketika si ibu sedang sibuk, pelbagai perkara yang akan berlaku seperti aktviti lasak, main perang-perang dalam rumah, tampal sticker kartun di dinding dan banyak lagi bahkan ada juga aktiviti yang terlihat bahaya namun sebenarnya itulah cara mereka berkasih sayang dengan anak.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ayah mengajar anaknya cara untuk menggaru kepala telah mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @momoylui, dapat kita lihat dua beranak itu sedang berada di atas katil di dalam bilik.

Namun apa yang meraih tumpuan ramai adalah si ayah dilihat sedang mengajar anaknya itu cara untuk menggaru kepala dengan betul.


Apa yang lebih mencuit hati, si bayi yang baru berapa bulan itu seolah-olah faham dengan apa yang diajar dan meniru aksi ayahnya menggaru kepala.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan telatah comel ayah dan bayinya itu apatah lagi bila si kecil itu seakan-akan faham arahan yang disuruh.

“Love betul tengok bapak-bapak yang suka borak dengan baby ni. Anak yang banyak communicate dengan bapak ni cenderung untuk jadi lebih bijak tau” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga berpendapat bahawa anak-anak cendetung untuk jadi lebih bijak apabila ibu atau bapa meluangkan masa untuk bersembang.

Antara komen warga maya:

“Baby ni dengar la apa kita cakap faham pula tu..”

“Comelnyaaa..”

“Tekun dengar cikgu duk ngajar.. cerdik sungguh..”

“Anak yang taat pada orang tua.. moga jadi anak soleh solehah ye..”

“Cute la dua beranak nihh”

“Seronok tengok ayah ajar baby.. pandainya baby..”


Video yang tular di laman TikTok:

@momoylui #bapakajaranak #babygirl #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypviral #anakpapa ♬ original sound – momoylui