[VIDEO] Sempat Bantu Bapa Berwuduk Sebelum ke ICU, Anak Kini Redha Pemergian Selamanya

Seorang anak yang juga merupakan doktor perubatan kini redha dan tabah dengan pemergian bapanya selepas beberapa hari ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi menerima rawatan CVID-19.

Apa yang menyayat hati adalah anaknya, Dr Sakinah Kamarul Bahrin sempat membantu bapanya, Ir. Hj. Kamarul Bahrin Mohamad, 63, untuk berwuduk sebelum ditempatkan ke ICU.

Menerusi video yang dimuatnaik di laman Instagram @sakinah_kb, Dr Sakinah memaklumkan, ia merupakan permintaan Allahyarham beberapa minit sebelum ditempatkan ke ICU.

“Abah redha dengan semua keputusan dan kebenaran yang Nor tandatangan ni?” tanya Dr Sakinah kepada Allahyarham dalam kapsyen di Instagram sebelum dibawa ke wad ICU.

Beliau menjelaskan, abahnya mengangguk sahaja kerana tidak mempunyai nafas yang cukup untuk menjawab.

Namun sempat mengharapkan doa daripada orang ramai.

“Tolong panjatkan doa buat ayah/tok ye,” kata Allahyarham dalam video berkenaan.

Kondisi Allahyarham, jelas Dr Sakinah semakin merosot sejak beberapa hari lalu sehingga memaksa dibawa ke unit ICU.

Jika sebelum ini, ibunya turut ditempatkan dalam wad bersama dengan Allahyarham namun terpaksa berpisah.

Video dimuatnaik di laman Instagram

“Wudu’ before he went to ICU. Minutes before he was pushed down to ICU. He asked me to help him with his Wudu’.

“At the end of the video he said. Please make Doa for Abah/ Atok ya. I have been called to sign all the necessary consents.

“Alhamdulillah today managed to ask abah ;

‘abah, abah redha ye semua decision and consents nor sign kan ni.

“He noded. Too breathless to answer but he nooded. This was yesterday noon.
24h after now he is not even fit to speak.

“He is a Consultant Engineer by profession. But he is the most humble servant of Allah.
Loving father and grandfather.

“Awesome husband. And he has the purest most giving heart I’ve ever known.

“So for all his good deeds ya Allah, have mercy on him. Currently cardio thoracic surgeon is inserting a chest tube for Abah, for Right Pneumothorax.

“Suspecting thats the reason of his deterioration last night. Moga it’ll make him stable insyaaAllah n we can avoid intubation. Wallahualam.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Sakinah (@sakinah_kb)

Video berkenaan mendapat lebih satu juta tontonan dan ribuan komen serta doa daripada masyarakat.

Menerusi muatnaik terbaru di laman Instagram, Dr. Sakinah turut memaklumkan pemergian Allahyarham.

“Flooded with wassap, DMS, phone calls, ig mentions. Allah, ramainya sayang abah.

“Alhamdulillah , thank you Allah. Thank you semua yang take the time n effort to reach out to me.

“Im ok insyaaAllah. I know he balik dengan ringan. Abah sempat full ramadhan, hujung2 ramadhan abah dah start sakit, jadi doa abah mesti sampai.

“Abah isolated since then jd insyaaAllah x ada dosa baru dengan siapa2 pun.

“Sempat cakap dengan abah, abah, semua urusan abah kat dunia ni, abah jgn risau, nor take over, kami semua uruskan.

“Mak, adik, aizat, jgn risau, nor jagakan, kami take over kan.

“Abah, thank you sebab redha dengan nor. Nor sorry i diagnosed u with Cvid19, im sorry i sent you to the ward, im sorry i sent u to the ICU, im sorry i consent u for the chest tube, im sorry i consent u for intubation. Im sorry im the only one there.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Sakinah (@sakinah_kb)

Difahamkan, Allahyarham mula dikenalpasti positif CVID-19 pada 7 Mei lalu setelah mempunyai simptom dan mula ditempatkan di wad ICU sejak Jumaat lalu.

Ibunya juga difahamkan turut didapati positif serta enam lagi ahli keluarganya.

Dalam hantaran berasingan di laman Instagramnya, Dr Sakinah memaklumkan turut mengingatkan bahawa CVID-19 ini adalah wujud dan menasihatkan agar menjaga penjarakan fizikal supaya tidak dijangkiti dan menjangkiti virus membunuh ini.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)