[VIDEO] Kereta Terjunam Dalam Tasik, Ayah Terkial Pakai Life Jaket Sayu Anak Tak Dapat DIselamatkan

Malang tidak berbau, oleh itu kita disarankan untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu kenderaan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Namun begitu, kecelakaan boleh berlaku berpunca dari kecuaian pemandu lain. Ia juga turut menjadi faktor utama berlakunya kecelakan yang melibatkan kehilangan nyawa.

Malah ada beberapa faktor lain yang turut diambil kira apabila berlaku sebarang kecelakaan seperti faktor kerosakan jalan, kerosakan kenderaan mahupun cuaca.

Sebuah kereta terjunam ke dalam tasik

Begitu juga dengan kisah yang menjadi tular dia media massa mengenai satu insiden yang berlaku melibatkan sebuah keluarga.

Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, sebuah kereta yang dinaiki sebuah keluarga terjunam ke dalam tasik.

Difahamkan kejadian itu berlaku apabila jambatan yang dinaiki keluarga ini untuk menyeberang ke pelabuhan telah putus.

Sebuah kereta Toyota Avanza separuh tenggelam

Dalam rakaman video yang  berdurasi 15 minit itu, kelihatan sekumpulan lelaki dilihat cuba untuk menyelamatkan keluarga berkenaan.

Sebuah kereta jenis Toyota Avanza dilihat separuh tenggelam dan dilihat sekumpulan lelaki tadi membantu pemandu kenderaan itu menyarungkan jaket keselamatan.

Akibat terlalu panik dengan keadaan yang berlaku, pemandu kereta itu dilihat meminta bantuan dan terkial-kial kerana terlalu panik.

Mangsa yang duduk di bangku penumpang belakang tidak dapat diselamatkan

Sementara itu, menerusi portal CNN Indonesia, kejadian yang berlaku di Dermaga Ambarita itu telah mengorbankan seorang penumpang Toyota Avanza itu.

Mangsa yang terkorban merupakan anak kepada pemandu kenderaan itu yang yang dikenal pasti sebagai Desy Marizdayani.

Mangsa dikatakan duduk di bahagian penumpang belakang ketika kejadian dilaporkan tidak dapat diselamatkan.

Kereta tersebut tenggelam hampir 15 minit

Ini kerana kenderaan tersebut dikatakan telah tenggelam hampir 15 minit. Namun begitu 3 3 orang individu lain yang berada di dalam kenderaan yang sama telah selamat.

“Betul, jambatan yang menghubungkan ke Dermaga tiba-tiba patah. Ketika itu sebuah kerana Toyota Avanza tersebut sedang menyeberangi jambatan itu.”

“Jadi kenderaan itu turut sama tenggelam. Dalam kejadian itu, 3 orang telah selamat manakala seorang mangsa telah terkorban.”

Ketika kereta ketujuh lalu, angin kencang dan jambatan putus

“Kereta pertama, kedua hingga ke enam yang melalui jambatan itu telah berjaya menyeberanginya dengan selamat.”

“Tetapi ketika kereta ketujuh melalui jambatan itu, tiba-tiba sahaja angin kencang dan jambatan patah. Faktor kejadian berlaku masih dalam siasatan.”

Video Tular di Laman Tiktok

@ahmaddavid616Kejadian di ambarita samosir, semoga bapaknya selamat ##musibah_yang_takterduga♬ original sound – Ahmad David

Kereta jatuh ke kedalaman sekitar 10 meter

“Kereta telah jatuh ke kedalaman sekitar 10 meter dan kereta Toyota Avanza tadi telah diangkat keluar, ” lapor CNN Indonesia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa korban nahas berkenaan.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)