“Bang, lagi cantik dari bilik saya” Bilik Mini Pemandu Treler Buat Ramai Teruja!

Umum mengetahui, pemandu treler sememangnya memandu dalam jangka masa yang panjang malah ada juga yang memulakan perjalanan pada waktu malam.

Iospital phone repair gombak

Jika tidak mempunyai rehat yang cukup, sudah pasti pemandu boleh berdepan dengan Sindrom Tertidur Tanpa Sedar (microsleep) yang sangat berbahaya sehingga boleh mengakibatkan kemalangan.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana memaparkan sisi menyeronokkan kehidupan seharian pemandu treler ini telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @Abangcross, dapat kita lihat dia selaku pemandu bas tersebut baru sahaja bangun dari tidur pada waktu pagi.

Dia kemudian mengemas ruang tidur yang terletak di bahagian belakang tempat duduk pemandu.

Walaupun kelihatan agak sempit namun ia tetap kelihatan kondusif dengan adanya katil yang mampu memuatkan seorang lelaki dewasa.

Katil tersebut juga kelihatan lengkap bercadar dan mempunyai bantal kepala serta bantal peluk.

Tidak cukup dengan itu, terdapat juga seperti dapur mini bagi memasak makanan seperti mi segera dan menjerang air.

Siling yang agak tinggi membuatkan pemandu boleh berdiri dengan selesa malah ada juga tempat menyangkut tuala yang mungkin digunakan pemandu untuk mandi di RNR.

“Bangun lewat tak apa kot noh (kan), stereng kita pulaihh (pusing)” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen teruja melihat treler tersebut yang siap mempunyai kelengkapan seperti itu.

Malah, ada juga yang berhasrat untuk memiliki treler seperti itu kerana ia memberikan ‘vibe’ seperti sedang mengembara.

Antara komen warga maya:

“bila lah husband saya nak dapat lori macam ni, seminggu tak balik pun takpe…syok ronda 1 Malaysia…”

“steady bang muka gangster sarung cadar dengan bantal polkadot love…”

“kalau laki aku dapat lori gini…ikut tak balik-balik pun takpaaa…”

“masa saya kecik abah rajin bawak saya mak dan abang ikut sekali pergi kerja…tu kalau travel jauh lah…masuk port tak boleh ikut…saya anak drebar lori…”

Video yang tular di laman TikTok:

@abangcrossborderbangun lewat tak pa kot nohhh 🤣 stering kita pulaihhh …♬ Munajat Cinta – The Rock