“Bangga ohh,” Katy Perry Cuba Makanan Malaysia Buat Netizen Teruja

Tidak dinafikan kepelbagaian kaum dan latar belakang rakyat di Malaysia menyebabkan ‘lahirnya’ bermacam aneka hidangan makanan di negara.

Kelebihan ini menyebabkan ramai orang di luar sana menganggap negara kita sebagai syurga makanan baik dari makanan moden mahupun makanan tradisional.

Bercerita tentang makanan tradisional, antara makanan yang sering dikaitkan dengan identiti rakyat Malaysia atau masyarakat melayu pastinya rendang. Tidak kira jenisnya baik rendang daging, ayam, itik atau sebagainya, makanan ini pasti menyelerakan jika dijamu dengan nasi, ketupat atau pulut kuning.

Di dalam episod rancangan masakan popular iaitu Master Chef, yang bersiaran secara langsung tahun lalu di Australia, Katty Perry telah mencuba salah satu masakan yang dibuat oleh seorang chef kelahiran Malaysia yang kini menetap di Australia, Poh Ling Yeow.

Tema yang diangkat bagi episod khas tersebut pula ialah Hot ‘N’ Cold yang diambil bersempena tajuk single penyanyi itu sendiri.

Yang menariknya bersempena dengan tema tersebut, seorang pesertanya, Poh Ling Yeow, telah menyediakan hidangan menu rendang kepada barisan juri termasuk Katy Perry.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok  @auntie668, Katy Perry cuba makan makanan Malaysia.

Poh telah menampilkan masakan budaya kelahirannya iaitu rendang itik yang dibalut dengan pulut kuning dan diluarnya adalah roti jala. Sewaktu kali pertama ditampilkan di hadapan para juri, masakan Poh mengingatkan Katty Perry kepada makanan tradisional Mexico, iaitu Burrito.

Menerusi video tersebut, kelihatan Katty Perry tertanya-tanya makanan apakah ini. Tetapi selepas dia mencuba, kelihatan dia tidak boleh berhenti untuk makan.

Selain Katty Perry, ketiga-tiga juri yang lain turut memberi pujian kepada makanan Poh, mereka bukan sahaja memuji rasa dan teksur makanan tersebut, mereka juga turut memuji cara makanan itu dipersembahkan.

Video tular di laman Tiktok:

@auntie668_ #masterchefaustralia #poh #rendang ♬ bunyi asal – uncleee – +1

@auntie668_ Balas kepada @firdausrushdi part 2 #masterchefaustralia #fypmalaysia #fyp #foryoupage #rendangitik #poh ♬ bunyi asal – KaK_Long fans 💗💘 – +1

 

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 557.6K tontonan, 25.8K tanda suka, 87 komen dan 104 perkongsian di aplikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen merasa bangga kerana artis terkenal global itu merasai makanan Malaysia.

Bukan itu sahaja, para netizen juga turut berseloroh ketika mereka menonton video tersebut mereka berkata ‘bismillah’ ketika Katy Perry memakan makanan tersebut.

Antara komen para netizen:

“Episode paling best… bangga ohh makannn malaysia org kenal satu dunia”

“Dia yg makan ak pulak yg bismillah”

 

Sumber: TikTok @auntie668_