Bantuan RM300 Dibayar Hari Ini, Lihat Cara Kemaskini BSH 2019 Bantuan Sara Hidup

Seramai kira-kira 4.1 juta isi rumah yang layak di seluruh negara bakal menerima bayaran fasa pertama bagi Bantuan Sara Hidup (BSH) bermula hari ini, lapor BHarian.

Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan berkata, wang berkenaan akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima berdasarkan maklumat pangkalan data sedia ada.

“Esok (hari ini) BSH akan masuk akaun. Seperti yang dahulu, kita masukkan terus ke dalam akaun bank dan ikut pangkalan data lama.

“Penerima tidak perlu buat pendaftaran sekarang, tunggu wang ma­suk akaun bank sahaja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Perpustakaan Di­gital di Jalan Masjid Negeri di sini semalam.

Untuk status permohonan Bantuan Sara Hidup 2019 kini boleh disemak di portal rasmi BSH online di bsh.hasil.gov.my Bantuan Sara Hidup 2019: Login Sistem Semakan BSH Online

Bagi semua penerima BSH tahun lepas, anda akan terima pembayaran BSH fasa pertama pada 28 Januari.

Kemaskini permohonan Bantuan Sara Hidup hanya akan dibuka bagi pembayaran fasa kedua dan ketiga yang dijadualkan pada bulan Jun dan Ogos nanti.

Cara Kemaskini BSH Bantuan Sara Hidup 2019 Online

Tarikh pendaftaran permohonan atau kemas kini adalah bermula pada 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019 

  1. Buka portal rasmi MyBSH : Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat

2. Pilih menu MyBSH

3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan di ruang yang disediakan

4. Klik pada Log Masuk

5. Pastikan anda jawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan mengakses sepenuhnya sistem MyBSHR

  • Soalan Keselamatan dan jawapan kepada soalan tersebut adalah berdasarkan kepada maklumat terkini yang diisi oleh pemohon semasa membuat permohonan baru ataupun kemaskini maklumat.
  • Pilih dua soalan keselamatan yang anda betul-betul ingat jawapannya bagi mengelakkan sebarang masalah seperti kegagalan mengakses sistem MyBSHR untuk membuat semakan status permohonan BSH.
  • Sekiranya jawapan kepada soalan keselamatan pertama yang anda jawab itu betul, soalan keselamatan kedua pula akan menyusul. Lakukan perkara yang sama dan klik pada butang Hantar.
  • Jika anda tidak yakin dengan jawapan bagi soalan keselamatan tersebut, sila klik butang Tukar Soalan dan pilih soalan yang lain.
  • Sekiranya jawapan yang diberikan salah, pemohon hanya dibenarkan mencuba sebanyak 3 jenis soalan sahaja.

Bagi yang pertama kali ingin memohon skim bantuan sara hidup rakyat ini, permohonan baru boleh dibuat pada tarikh sama iaitu 1 Februari hingga tarikh tutup 15 Mac 2019.

Kategori pemohon lulus BSH 2018 yang layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:

  • Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
  • Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
  • Warga emas sebatang kara

Kategori Pemohon lulus BSH 2018 yang tidak layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:

  • Berkahwin (Pasangan bukan Warganegara Malaysia); atau
  • Bujang / Ibu bapa tunggal tiada tanggungan; atau
  • Bujang yang mempunyai tanggungan

Bagi pemohon yang tidak layak menerima pembayaran Fasa pertama BSH 2019, perlu membuat permohonan baru BSH 2019 sekiranya memenuhi syarat kelayakan.

Bantuan Sara Hidup 2019 Bujang

Bagi pemohon kategori bujang tertanya-tanya adakah mereka akan terima pembayaran Bantuan Sara Hidup pada 28 Januari nanti?

Jawapannya tidak!

Pembayaran fasa pertama hanya untuk tiga golongan berikut:

  1. Pasangan berkahwin Warganegara yang berumur 59 tahun ke bawah

2. Ibu bapa tunggal / balu / janda yang mempunyai tanggungan

3. Warga emas berumur 60 tahun ke atas

Bagi pemohon kategori bujang yang mempunyai tanggungan atau tidak mempunyai tanggungan anda tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Sara Hidup 28 Januari nanti.

Namun jangan risau, peluang masih terbuka untuk anda memandangkan permohonan baru akan dibuat pada 1 Februari 2019.

Pemohon yang tidak pernah membuat kemaskini sejak BR1M 2016 juga tidak akan tersenarai sebagai penerima BSH fasa pertama.

BSH diperkenalkan bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu di bawah Barisan Nasional (BN) sejak 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.