[VIDEO] Tak Mampu Beri Pendidikan Terbaik Untuk 5 Anak, Bapa B40 Menangis Teresak-esak di Radio

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, tidak dapat dinafikan ramai ibu bapa berdepan masalah untuk menguruskan PdPR anak-anak dirumah.

PdPR adalah Pengajaran dan Pembelajaran di rumah yang dijalankan secara online bagi membolehkan pelajar mengikuti pembelajaran walaupun sekolah ditutup ketika ini.

Namun begitu, ramai ibu bapa berkongsi luahan mereka yang menghadapi pelbagai masalah dan dugaan dalam menguruskan PdPR anak-anak.

Saya sedih anak ketinggalan

“SAYA memang tak berkemampuan. Anak saya lima orang. Saya sedih sebab anak saya ketinggalan.”

Memetik laporan mStar, itu merupakan luahan hati seorang bapa sambil menangis teresak-esak ketika berkongsi kesusahan hidupnya dengan stesen radio Suria.fm pada Isnin pagi.

Menerusi Segmen Team Pagi Suria yang dikendalikan deejay Issey Fazlisham dan Ajak Shiro, pemanggil lelaki yang dikenali sebagai Abang Hamdan itu meluahkan pandangannya mengenai topik ‘Murid Tak Join PdPR boleh digantung sekolah’.

Sebak tidak mampu sediakan keperluan PdPR anak-anak

Dengan nada yang sebak, lelaki itu bercerita mengenai kesukaran yang dialami keluarganya.

Dia sebagai ketua keluarga tidak mampu menyediakan keperluan bagi sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk anak-anaknya ketika ini.

Menurut pemanggil tersebut, dia hanya merupakan seorang pekerja yang berpendapatan rendah.

Saya bukan orang senang, saya orang susah

Oleh itu adalah mustahil untuknya menyediakan keperluan seperti gajet untuk setiap anak-anaknya agar mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran apatah lagi mengajar mereka di rumah.

“Saya bukan orang senang, saya orang susah. Jadi keperluan untuk alam maya ni kurang dan saya kerja biasa-biasa. Bukan kerja bagus, gaji mahal macam orang lain.

Semua satu Malaysia tak sama

“Betullah apa orang (pemanggil) cakap yang pagi tadi tu, lain padang lain belalang.”

“Semua satu Malaysia tak sama. Ada yang berkemapuan, ada yang tak berkemampuan,” ujarnya.

Mereka nak belajar, tapi saya nak tolong saya tak pandai

Apa yang lebih menyentuh hati, lelaki itu meluahkan betapa dia sedih dan terkilan kerana tidak mampu memberi yang terbaik untuk pendidikan anak-anaknya.

“Mereka nak belajar, saya nak tolong ajar saya tak pandai. Saya tak boleh paksa diaorang.”

Saya tak ada tempat nak bercerita

“Kita suruh diaorang belajar, tapi bila mereka tanya balik (berkaitan pelajaran), kita tak dapat jawab.”

“Saya tak ada tempat nak bercerita. Saya harap orang atasan ni akan pandanglah golongan memerlukan.”

Saya harap orang atasan pandanglah golongan B40

“Saya pagi-pagi dah tak ada dekat rumah, keluar cari rezeki tapi anak tak sekolah. Saya sedih, saya tak boleh nak cakap apa lagi.”

“Saya tak ada tempat nak bercerita. Saya harap orang atasan ni akan pandanglah golongan B40,” katanya sambil menangis dalam perbualan tersebut.

Kisah lelaki tersebut turut dikongsikan di akaun Instagram Suria.fm serta tular di beberapa platform media sosial yang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suria Malaysia (@suriamalaysia)

Orang ramai yang bermasalah tampil berkongsi masalah mereka

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak dan sedih mendengar pengakuan bapa ini.

Selain meluahkan rasa simpati, ada netizen yang menawarkan bantuan untuk mengajar secara sukarela kepada anak-anak lelaki tersebut.

Mereka berharap orang ramai yang mengalami sebarang masalah tampil berkongsi masalah mereka bersama orang lain bagi meringankan beban yang ditanggung.