Bapa ‘Melayan’ Anak Nak Bergambar Depan Lamborghini, Reaksi Tak Sombong Pemilik Kereta Pula Buat Ramai Kagum!

Pasti ramai diantara kita yang mempunyai kereta idaman masing-masing bukan? Pun begitu, untuk memiliki kereta yang mewah bukan lah satu perkara yang mudah kerana perlu berusaha dengan lebih kuat namun ianya juga bukanlah satu perkara yang mustahil.

Mana tahu, bermula dengan angan-angan, satu hari nanti, kunci kereta mewah dalam genggaman pula kan?

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang bapa melayan gelagat anaknya yang ingin bergambar dengan sebuah kereta Lamborghini.


Namun apa yang lebih membuatkan ramai kagum adalah reaksi ‘owner’ kereta tersebut yang sangat ramah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @lambobossvincentpoh_cdh, dapat kita lihat pemiliknya tiba-tiba muncul malah sempat memanggil kembali budak lelaki tersebut untuk memasuki keretanya.

Dia juga membiarkan budak lelaki tersebut untuk membuka kunci kereta dan juga menutup pintu kereta itu.


Reaksi pemilik kereta nyata mendapat pujian ramai kerana melayan keluarga itu dengan baik tanpa ada sifat sombong.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kagum kerana masih lagi ada individu yang tidak sombong walaupun merupakan seorang yang ‘berduit’.

“Thank you our lambo boss! Humble and kind” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berterima kasih kepada lelaki tersebut kerana memberi peluang kepada budak lelaki itu ‘merasa’ duduk di dalam kereta yang mahal.

Antara komen warga maya:

“Ini baru betul org kaya.. kaya senyuman kaya kongsi apa yg dia ada kaya sesama manusia kaya dengan duit tak payah cakap.. terbaik boss tuan kereta”

“Sebab video ni sangat tersentuh saya terus minat video boss..”

“Bagus dik.. tanam cita2 tinggi, suatu hari awak akan berjaya macam tuan kereta tu juga..”

“Aku tak tahu kenapa aku tengok video ni.. boleh menitis air mata..”

“Alhamdulillah owner kereta tak sombong menghormati sesama manusia tak kira pangkat dan darjat”

Video yang tular di laman TikTok:

@lambobossvincentpoh_cdj Respect this dad 🫡 #lamboboss #cdj #fyp #malaysiatiktok ♬ original sound – Lambo Boss Vincent Poh|CDJ