Baru 2 Minggu Berumah Tangga, Rider Grab Maut Dirempuh Pemandu SUV Lingkungan 20-an

Menjadi seorang penghantar makanan memang terpaksa mengambil risiko yang tinggi memandangkan pekerjaan tersebut memerlukan seseorang itu menghabiskan hampir seluruh masanya di atas jalan raya.

Keluarga rider makanan khususnya pasti amat merisaukan mereka ini apabila keluar bekerja mencari rezeki. Tambah-tambah lagi sejak kebelakangan ini sering kita dengar berlakunya kemalangan.

Pada hari Jumaat yang mulia semalam, hamba Allah yang dikenali sebagai rider Amin telah kembali ke negeri abadi akibat kemalangan jalan raya.

Menerusi satu video dashcam yang tular, arwah Amin dengan beberapa kenderaan lain dilihat sedang berhenti di simpang lampu isyarat Jalan Meru/Jalan Haji Sirat sekitar jam 2.30 petang.

Tanpa disangka-sangka sesiapa di situ, sebuah kereta jenis SUV dari arah bertentangan melulu memasuki simpang berkenaan. Pemandu hilang kawalan lalu menghentam seorang penunggang motosikal merah (turut dipercayai sebagai delivery rider).

Amin dilihat sempat menoleh ke kiri menyaksikan insiden berkenaan, malangnya sesaat kemudian, satu lagi kenderaan jenis sama tiba-tiba datang dan menghentam dirinya membuatkan Amin maut di tempat kejadian.

Berikut kronologi ringkas menerusi laporan Harian Metro:

  1. Simpang berkenaan mempunyai 4 lorong (2 untuk jalan tegak, 2 lagi untuk belok ke kanan)
  2. Kereta SUV pertama yang ada di laluan kiri ingin mengubah pemanduan ke laluan kanan.
  3. Kereta SUV kedua yang ada di lorong kanan pula mahu jalan terus.
  4. Secara keseluruhan, tindakan pemandu SUV berusia 20 & 24 tahun terbabit menyebabkan 3 lagi kenderaan terlibat sama.
  5. Kedua-duanya sudah ditahan bagi siasatan lanjut.

Lebih menyedihkan, pihak saudara terdekat Amin memaklumkan lelaki berusi 34 tahun itu baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama isterinya yang tersayang selama 14 hari.

Selain itu, salah seorang kenalan Allahyarham turut terkejut dan sebak mendengar berita tentangnya. Menerusi satu hantaran yang dibuat oleh rakan Amin, dia akui Amin merupakan seorang sahabat yang baik. Malah, dia turut sempat menitip doa buat Allahyarham.

Video yang tular di laman TikTok

@ajeyrunner #grabfoodmalaysia #gengrunnermalaya #kelantanrunnercommunity #azanrunnerkotabharu #runnerfreelance ♬ bunyi asal – azan