[VIDEO] “Bang, sakit bang” Jiran Cemas Dengar Isteri dan Anak Rayu Jangan Dibelasahh..

Tempat seorang isteri pastinya di sisi suami tercinta, namun begitu kesetiaan dan kesabaran seseorang ada hadnya.

Jika isteri diperlakukan oleh si suami tanpa belas ehsan, dimana sebenar letaknya seorang isteri di hati suaminya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pastinya pelbagai jalan penyelesaian yang difikirkan dalam usaha menyelamatkan perkahwinan yang dibina.

Jiran buat laporan mengenai tindakan suami itu

Begitu juga dengan kisah yang sedang tular di media sosial ketika ini apabila tindakan seorang suami yang dipercayai menderra isterinya sendiri mengundang padah.

Difahamkan, lelaki berkenaan ditahan susulan laporan yang telah dibuat oleh jirannya sendiri mengenai perkara itu.

Kisah mengenai ‘kezaliman‘ lelaki ini diceritakan menerusi dua buah video yang dikongsikan oleh seorang gadis dikenali sebagai Miss Dayah di laman TikTok.

Baru kali ini berani nak buat report

Pemilik video ini menceritakan, dia mengambil keputusan untuk membuat laporan polis susulan terdengar jirannya yang didakwa dipukkul oleh suaminya sendiri.

“Dah buat report tunggu polis ja mai. Berapa kali dah bini dia kenapukul. Baru ni berani nak buat report.”

Rintihan seorang isteri merayu supaya dilepaskan

Menerusi video tersebut kedengaran rintihan seorang wanita yang sedang merayu dan anak-anaknya yang menangis seolah-olah meminta supaya dilepaskan.

Gadis ini mendakwa kejadian seumpama ini sudah berlaku berulang kali dan dia pernah menjadi saksi melihat wanita berkenaan dipijak oleh suaminya sendiri.

Bang, sakit bang

“Bang, sakit bang. Cerita dia, bini tak bagi lelaki masuk rumah sebab kena pukkul. “

“Lepas itu, lelaki dia p terjah pintu belakang. Rampas telefon dekat bini dan kunci semua pintu sambil pukkul.”

@nurbby_Dh bt report tnggu polis ja maiii..bpa kli dh bini dy kna pukoi bru ni berani nk bt report##fyp ##fyppppppppppppp♬ original sound – ℳ

Pernah jadi lagi teruk depan mata saya sendiri

Sebelum ini, lagi teruk jadi depan mata saya sendiri. Bini dia kena pijak dengan lelaki sendiri.

Walaubagaimanapun, tiada info lanjut berhubung lokasi kejadian ini.

@nurbby_Sian kak tu…dy xbrani nk bt report##fyp##fyp♬ original sound – ℳ

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sedih dan kesal dengan tindakan lelaki itu memperlakukan isterinya sebegitu rupa.

Mereka juga berharap wanita itu mendapat perlindungan sewajarnya. Netizen turut memuji keberanian jirannya untuk menghubungi pihak berkuasa bagi membantu keluarga itu.