“Baru rasa otak berfungsi” Rasa Bersalah Tunjuk Video Pada Orang OKU Penglihatan, Kisah Lelaki Ini Curi Perhatian Ramai

Kita sebagai manusia, sering melakukan sesuatu secara spontan yang dikatakan ‘refleks’ dalam menghadapi sesuatu perkara.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun, kadangkala tindakan refleks itu perlulah dikawal daripada mengguris hati mana-mana pihak.

Begitu juga kisah yang dikongsikan baru-baru ini mengenai seorang lelaki yang sedang asyik melayari aplikasi TikTok sambil kakinya diurut oleh seorang tukang urut Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan.

Lapor MStar, menerusi video yang dimuat naik oleh @syh.syd atau dikenali sebagai Syah itu, dia menceritakan pengalamannya apabila ditegur oleh tukang urut itu kerana terdengar dirinya tergelak kuat selepas menonton satu video di TikTok.

Secara spontan, Syah siap menunjukkan video itu kepada lelaki OKU itu tanpa dia sedar pada awalnya.

Rasa bersalah menyelubungi dirinya pada ketika itu.

“Saya berseorangan saja masa pergi mengurut tu. Biasalah sambil mengurut tu kami berbual lagipun abang tu peramah.

“Sambil dia urut, saya tengah layan video-video dekat TikTok. Ada satu video ni buatkan saya gelak kuat. Abang tu tanyalah kenapa gelak? Saya pun tak sengaja tunjuk video tu dekat dia.

“Saya cakap ‘ni haa’. Masa tu barulah rasa otak berfungsi, baru saya terfikir yang abang ni buta. Terus rasa serba salah jugalah sebab kami memang sedang berbual,” katanya.

Ekoran kejadian itu, dia terus bertindak mendiamkan diri kerana rasa bersalah terhadap tingkah lakunya yang spontan itu.

Namun akhirnya lelaki OKU itu memecahkan kesunyian dengan memulakan bicara dengan mengajukan soalan kepada Syah.

“Lepas tu saya senyap, dia pun senyap. Tak lama kemudian dia tanya okay tak saya urut? Saya pun kata okay sajalah, kemudian kami sambung berbual macam biasa.

“Dah siap mengurut saya terus minta maaf dan abang tu okay saja. Dia tak adalah terasa hati. Cuma dia cakap kalau sakit atau ada kawan-kawan nak mengurut carilah dia.

“Dia ambil upah RM50 sejam. Tapi bila dah siap mengurut saya bagi lebih sebab rasa bersalah. Dia tak nak tapi saya selit juga dekat tangan dia kemudian ‘cabut’ lari,” terangnya.

Syah turut menjelaskan bahawa dia mempunyai alasan tersendiri mengapa dia memilih golongan OKU untuk diurut.

“Dalam video TikTok yang saya share tu, saya tak menghina sesiapa kecuali mengatakan diri saya yang bodoh. Kalau boleh… bantulah mereka yang kurang upaya ni sebab apa mereka lakukan itu sajalah sumber pendapatan.

“Saya pilih nak mengurut kaki dengan orang buta sebab nak bantu ekonomi mereka. Lagi pula memang dah biasa mengurut dengan golongan orang buta. Dengan abang ni pun dua kali dah.

“Mereka berusaha cari duit siang dan malam untuk teruskan hidup. Jadi apalah salahnya kalau kita bantu golongan ini. Dalam rezeki kita pun, ada terselit bahagian mereka juga,” tambahnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen turut memahami situasi Syah dan ada yang berkongsikan pengalaman mereka.

Antara komen netizen:

“tkpe bang faham rasa bersalah tu😂 bukan sengaja tpi nak buat mcm mana kita nak kongsi benda happy tapi lupa dia ada kurangnya. semoga sihat selalu”

“Dulu pnh jgk masa keje banci pnduduk.pegi rmh psgn buta ni.ada soalan tnye ade TV tak?abg tu jwb KLU ADE PUN MCM MANA NK TGK DIK😭🤣 bisu trs aku🤣”

Video TikTok yang tular:

@syh.sydBtw abang ni urut sdap sangat. Boleh jmpa abg ni dkt dpn Secret Recipe Ong Tai Kim Gombak.

♬ original sound – PARAGON WORLD