Baru Sahaja Pegang Kek, Lelaki Ini Terjatuh Dicakar Kucing Buat Netizen Terhibur

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Kek adalah makanan wajib ada pada kebanyakan peristiwa penting dalam kehidupan kita. Contohnya setiap kali tiba hari jadi, hidangan kek pastinya tidak akan dilupakan.

Selain menjadi pencuci mulut yang lazat pada mana-mana hari dalam seminggu, ia merupakan bahagian utama peristiwa kehidupan yang menarik seperti hari jadi , graduasi, dan perkahwinan.

Namun malang pula menimpa lelaki ini apabila kek hari jadi yang dibawanya ini hampir sahaja terjatuh gara-gara seekor kucing.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @faisal.suhaimi atau dikenali sebagai Faisal, kelihatan dirinya sedang berdiri sambil memegang kek hari jadi.

Namun malang pula menimpa lelaki ini apabila kek hari jadi yang dibawanya ini hampir sahaja terjatuh gara-gara seekor kucing.

Semasa dia sedang membawa kek itu, muncul pula seekor kucing miliknya yang mendekati lelaki itu dan cuba mencakar kakinya.

Susulan daripada itu, Faisal kemudiannya berusaha menghalau kucing tersebut namun entah bagaimana dia pula yang terhuyung hayang sebelum tergolek di situ.

Lebih mencuit hati, lelaki itu dilihat masih lagi memegang erat kek yang dibawanya itu. Dilihat kek itu  sedikit comot selepas apa yang terjadi.

Dalam masa yang sama, ramai yang turut terhibur melihat gelagat kucing itu yang sempat melarikan diri selepas mencetuskan huru hara itu.

Video yang tular di laman TikTok:

@faisal.suhaimiyesss thats meee♬ original sound – Cara Bowen

Ketika artikel ini di tulis, video tersebut telah meraih 414.8K tontonan, 53.7K tanda suka, 575 komen dan 331 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah lelaki tersebut yang situasi yang dikongsikan ini. Malah ada yang berseloroh mungkin juga kucing itu sebenarnya berdendam dengan lelaki itu dan sengaja mencari pasal di situ.

Antara komen para netizen:

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.