Baru Saja Rumah Musnah Akibat Banjir, Kini Paru2 Ebby Yus Pula Mungkin Ditebuk

Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah pepatah yang sesuai buat pelawak dan juga pelakon hebat iaitu Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid.

Difahamkan, Ebby Yus telah dimasukan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak empat hari lalu ekoran mengalami masalah pada bahagian paru-parunya.

Memetik laporan Kosmo!, Ebby Yus memohon doa orang ramai agar masalah paru-paru berair yang dialaminya tidak semakin teruk dan ujian imbasan sinar X-ray yang dilakukan menghadirkan khabar baik.


“Keadaan sekarang okey. Doktor cuma cakap paru-paru saya ada air dan setakat ini, saya perlu ditahan di hospital untuk rawatan lanjut.”

“Harap-harap keputusan imbasan nanti ‘bersih’. Kalau tidak, besar kemungkinan, paru-paru kena cucuk atau tebuk untuk keluarkan air bagi mengelakkan apa-apa jangkitan yang lebih teruk.”

“Saya harapkan orang ramai mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan saya. Saya taknaklah orang cakap saya cerita ini sebab nak raih simpati tapi saya percaya dengan kuasa doa, insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja,” kata Ebby ketika dihubungi.

Ebby Yus juga turut mengakui dia tetap berlapang dada dan reda dengan ketentuan walaupun diduga dengan bermacam musibah seperti banjir sehingga rumah impiannya yang hampir siap musnah.


“Saya reda dengan takdir Allah. Tapi, saya reda bukan bermakna saya berpeluk tubuh. Saya percaya apa yang berlaku, ada hikmahnya.”

“Kita merancang tetapi yang tentukan segala-galanya Allah SWT. Kalau Dia izinkan rasa sakit itu sembuh atau kepayahan hidup itu diangkat, dengan izin-Nya pasti ia akan berlaku,” katanya lagi.

Untuk rekod, terdahulu rumah Ebby Yus yang berbaki 10% sahaja lagi untuk siap ‘lesap’ dibawa arus deras ketika berlakunya bencana banjir.

Ebby Yus dipercayai mengalami kerugian sekitar RM200 ribu ekoran fenomena tersebutkerana rumah impiannya musnah teruk tanpa sempat duduki olehnya.

Default image
admin
Articles: 1052