“Baru seronok dapat rasa alahan,” Isteri Tak Tahan Sedih UPT Jadi 1 Line, Suami Usaha Pujuk

Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga sudah pastinya menanti kehadiran cahaya mata dengan penuh sabar.

Namun, tak semua pasangan diberikan ‘rezeki’ untuk hamil sejurus selepas kahwin (bunting pelamin) dan terdapat pasangan yang perlu menunggu bertahun-tahun dan melakukan pelbagai ‘alternatif’ sebagai solusi

Sekuat mana pun ‘pejuang garis dua’ cuba mennguatkan diri namun pasti ada satu detik di mana semangat itu akan runtuh sekelip mata.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wnaita yang lebih mesra dikenali sebagai Fyfa meluahkan rasa sedihnya apabila Urine Pregnancy Test (UPT) yang menunjukkan garis dua tiba-tiba berubah kepada satu garis sahaja mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian YOY Network, di dalam video tersebut Fyfa menunjukkan keputusan double line sebelum ini juga menjadi moment terindah membayangkan dirinya bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

Apatah lagi apabila suaminya sangat suka berbual manja dengan bayi di dalam perutnya.

Fyfa bagaimanapun menjadi hairan kerana pregnancy test yang dicuba sekali lagi malah berubah kepada 1 line sahaja.

Akan tetapi dia semakin faham dengan apa yang tejadi setelah berlakunya bleeding namun suaminya dengan tenang memujuk isteri agar reda dengan apa yang telah terjadi.

Video yang tular di laman TikTok:

@fyfa09🙂🥲♬ suara asli – Suri Setia Handayani

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 582.1K tontonan, 74.0K tanda suka, 1381 komen dan 1012 perkongsian di TikTok.

Meninjau diruangan komen, rata-rata turut sebak melihat perkongsian Fyfa yang di diberikan nikmat sementara untuk menjadi seorang ibu.

Dalam masa yang sama, ramai juga para netizen yang terdiri daripada pejuang garis dua mendoakan agar satu hari nanti ditiupkan malaikat kecil yang bakal menjadi penghuni rahim.

Berikut merupakan komen warya maya:

“berair mata.. naniey tak tahulah macam mana kalau naniey dekat tempat awak..”

“Allahuakhbar hebatnya semua pejuang garis dua!”

“Allah akan bagi tibe pada waktunya.. jangan give up”

“takpe dear anak kita tunggu dah kat syurga”