Keselamatan anak sangat penting dan merupakan tanggungjawab setiap insan yang bergelar ibu dan bapa.
Tidak dinafikan, antara tarikan apabila menjejakkan kaki ke pantai adalah menaiki banana boat, snorkling dan bermain jetski.
Pun begitu, permainan air yang lasak sebegini mempunyai had umur yang dibenarkan demi keselamatan bersama.
Lain pula ceritanya dimana pasangan suami isteri yang juga merupakan ‘influencer’ ini meraih kecaman hebat wargamaya setelah membawa bayi yang masih kecil menaiki jetski.
Menerusi video yang tular, dapat kita lihat kelaki tersebut mengendalikan jet ski dengan hanga menggunakan sebelah tangan dan sebelah lagi digunakan untuk mendukung anaknya.

Lebih mengejutkan, bayi tersebut tidak dipakaikan jaket keselematan sekaligus membuat netizen tertanya-tanya bagaimana pihak pengawal boleh membenarkan situasi itu terjadi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap sambil lewa dua youtuber ini malah ada yang berseloroh mengatakan kita bukan sahaja perlu ada duit jika mahu kawin, bahkan perlu juga ada otak.
“Mak pak pakai life jacket, kalau jatuh dia expect anak dia terus bertukar jadi mermaid barangkali. Ada-ada saja kamu” – Netizen
Antara komen warga maya:
Nak penjara mak bapak nanti anak takde org jaga.
Kalau tak diberi hukuman nanti tak jd pengajaran pulak.
Entah siapa yg salah….
— Agent 446 (@mezzuddin) January 6, 2023
Dia ni kalau bab buat content mmg semua benda nk buat. Dh ada anak ni mcm setiap langkah anak dia, dia buat content. Income asyuk, keselamatan anak letak tepi 🤦🏼♀️
— .. (@qirararara) January 6, 2023
Nak kahwin ni bukan kene ada duit je.. otak pon kene ade
— 丹尼尔 (@fikeriy) January 6, 2023
anak tu kalau terlepas wassalam terus ya mbak bapak.. banyak sangat makan kepala udang ni
— ku (@itsmeyaa_) January 6, 2023
Nak jadi influencer ni bukan takat kena ada rupa ada gaya petah bercakap and what not tapi yang paling penting kena ada otak
— Danial Hakeemi (@TheSwordFish__) January 6, 2023
Kejap lagi kalau jadi apa-apa kat baby, mula lah menyusahkan banyak pihak!
Haih.
— i/wE (@iwE392) January 6, 2023
Aku pernah naik jetski, bawak punya bawak, terlawan dengan ombak. Terus jatuh dalam air. Aku nak resurface balik pun ambik masa gak sebab terkejut jatuh, ni lagi kalau baby yang terjatuh. Apa dia nak buat? Nak jadi mak bapak cool, bukan begini caranya lancau
— Luqman 🏴 (@luqmanlhqm) January 6, 2023
So makpak pakai lifejacket, anak xpakai? Saja anak tu perenang open sea termantap mau jatuh
— sherapp🇲🇾 (@ashraffjat) January 6, 2023
Video yang tular di laman Twitter:
Aku nak tahu beach boy mana yang kasi lepas 🙃 pic.twitter.com/g38r7MLSCc
— Naim Nawrouz (@NaimNawrouz) January 6, 2023