Bawa Staf Bercuti Tanpa Konsep ‘Team Building’, Netizen Impikan Majikan Seperti Khairul Aming

Seorang influencer dan usahawan terkenal, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman ini cukup dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia. Malah tahun ini juga, nama beliau dilihat semakin meningkat naik dan turut menjadi perhatian warga maya di platform media sosial.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memuat naik satu perkongsian video dimana dia memaklumkan telah menutup sementara kilang Sambal Nyet untuk membawa semua stafnya bercuti ke sebuah resort dengan meluangkan masa serta menikmati keindahan alam semulajadi.

 

Menerusi rakaman tersebut, memaparkan momen aktiviti-aktiviti mereka sepanjang 2 hari percutian di Lalang Resort, Jeli, Kelantan.

“Dua hari lepas kita tutup kilang Sambal Nyet untuk bawa semua staff bercuti kat resort. Percutian ini santai je, hanya untuk berehat and menikmati alam semulajadi. Aku buat fruit cocktail sikit untuk rasa-rasa, secara keseluruhannya, percutian ini sangat menyeronokkan…” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam video itu, sejurus sampai ke destinasi mereka dilihat turut menikmati makanan thai yang telah disediakan. Malah Khairul Aming mengatakan telah menempah keseluruhan resort yang mempunyai 17 chalet untuk kesemua pekerjanya.

Bukan itu sahaja, Khairul Aming mengatakan tidak mahu mempunyai sebarang ucapan, aktiviti berkumpulan atau jadual yang ditetapkan dan sebagainya kerana dia mahu semua pekerjanya bebas untuk melakukan apa-apa aktiviti yang menyeronokkan mengikut kehendak masing-masing.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi tentang video tersebut. Ada yang meluahkan rasa kagum dengan sikap Khairul Aming kerana menjaga kebajikan perkerjanya.

Bukan itu sahaja, ada yang berseloroh mengatakan telah menyimpan hasrat untuk bekerja dengan usahawan itu walaupun dibayar gaji rendah.

Antara komen warga maya:

“cliche kan team building tu hahaha…nice aming!!..”

“kalau camni gaji 1200 pun rasa taknak berhenti…”

“my dream now: nak keje dengan abe khairul aming…”

“ini baru namanya leader, so jangan pelik lah rezeki dia bertambah banyak…”

 

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@khairulaming Dua hari lepas kita tutup kilang Sambal Nyet untuk bawa semua staff bercuti kat resort. Trip ni santai je, just untuk berehat and enjoy the nature. aku buat fruit cocktail sikit untuk rasa-rasa haha. Overall it was a fun trip 😁 #SambalNyet #makanlokal #makanlokaldestination? ♬ original sound – Khairulaming