“Beli pun kena marah…” Gelagat Penjual Marah Pelanggannya Buat Netizen Geli Hati

Setiap orang yang menjalankan bisnes pasti mempuyai ‘markerting strategy’ yang tersendiri agar bisnis yang dilakukan berkembang dan sukses.

Namun dalam masa yang sama, ada juga yang mencipta strategy yang unik dan sangat menarik perhatian ramai dan terkadang strategy mereka juga tak terjangkau dek akal dan mampu membuatkan pembeli terhibur.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana n penjual lelaki ini apabila dia siap membebel kepada pelanggannya gara-gara membeli jualan mereka itu nyata membuatkan netizen berdekah.

Menerusi perkongsian YOY, satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @paknonntore, kelihatan lelaki ini sedang menghantar pesanan yang dibeli oleh pelanggannya.

Namun bagaimanapun, lelaki tersebut mula membebel kepada pelanggannya yang pada ketika itu sedang keluar daripada pagar rumah untuk membayar pesanannya itu.

Menurutnya, dia hairan mengapa pelanggan itu sering kali membeli jualannya itu dan sudah beberapa kali membeli darinya.

Tak cukup dengan itu, gayanya yang seperti mahu bergaduh itu nyata membuatkan pelanggannya itu terhibur.

Video yang tular di laman TikTok:

@paknonntore depa ni satu keturunan jenihh kedarahh gulaiiii….aku tak kelapaqqq juaiii kat depa niii….cam harreyyy…….#tiktokmalaysia #viral ♬ bunyi asal – Pak Nonn Tore

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1 Juta tontonan, 55.5K tanda suka, 475 komen dan 147 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak kering gusi melihat gaya lelaki itu yang tidak berpuas hati pula apabila ada yang membeli jualannya dan memuji telatahnya yang mesra bergurau senda dengan pelanggannya.

Bukan itu sahaja, Ada juga yang berseloroh ini salah satu situasi biasa bagi orang utara terutamanya untuk bergurau kasar seperti yang dilakukannya ini. Nampak macam nak bergaduh, tapi itu sebenarnya merupakan cara ‘orang utagha’ bergurau! hihihi

Berikut merupakan komen warga maya:

“org kedah gurau kasaq naa”

“kalau aku mesti dah berguling ketawa beli pun kena marah..”

“nak beli salah.. tak beli salah..”

“aku igt tak beli kena marah.. rupanya beli pun kena marah..”